Kisah budak dan sebiji buah durian

Satu hari seorang budak kecil (berusia mungkin dalam lingkungan 5,6 atau belum mencapai usia melebihi 10 tahun) berjalan ke kedai runcit yang sangat luas kawasannya...dia ternampak beberapa orang lelaki dewasa lebih kurang seusia bapanya(mungkin) sedang berehat di luar kedai runcit tersebut sambil mengopek sesuatu dan makan sesuatu yang dia tidak pernah nampak...Selesai mengopek mereka mengutip kembali kulit2 yang telah dikopek satu persatu itu lalu mereka menyantumkan kembali menjadi seperti asal dengan mengikatnya dengan tali lalu meletakkannya di tepi pagar berdekatan kedai.

Budak kecil itu yang dalam usianya yang sebegitu...mungkin dengan rasa ingin tahu yang teramat sangat apa bendanya yang dimakan sekumpulan lelaki dewasa tadi ...perlahan- lahan dia mengheret benda yang telah diikat tadi balik ke rumahnya....sampai dirumah si anak kecil mencari bapanya....dan bertanya..."pak.,ni apa..''...sambil menunjuk benda yang dibawa pulang olehnya tadi...si bapa tanpa menjawab melihat dan membelek benda yang dibawa pulang oleh si anak tadi...dibuka tali yang mengikatnya lalu terlerailah kulit2 yang telah diikat tadi...dengan airmata yang mengalir lalu berkatalah si bapa kepada anaknya..."ni la buah durian chek...buah durian.."..dengan airmata yang mengalir kerana rasa sedih dan mungkin terkilan kerana ketidakmampuannya untuk membeli walau sebiji buah durian sehinggakan anak kecil itu tidak mengenali apa sebenarnya yang dibawa pulang olehnya ke rumah....sisa2 kulit durian....yang tidak dikenalinya kerana kesusahan keluarganya pada waktu itu....

dan sekarang budak iti sudah dewasa...dia sudah mempu dan terlebih mampu membelinya.....BUAH DURIAN...

p/s : cerita diatas adalah berdasarkan  kisah benar....sekian

Lot Of Love,
Emas Delima


Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan