Posts

Showing posts from July, 2012

Ramadan ke 7

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Hari ni masuk hari ke 7 puasa. Alhamdulillah masih berjaya mengharunggi ibadah puasa ini. Mungkin sedikit kekurangan dari segi lain dan puasa pun entah bagaimana diterima Allah ke tidak atau sekadar puasa yang sekadar menahan lapar dan dahaga... Entahlah hanya Dia yang berkuasa Mengetahui segalanya.. Dan diterima Allah s.w.t hendaknya. Puasa tahun ni alhamdulillah tidaklah terlalu lemah dan letih. Mungkin juga kerana keadaan cuaca yang sedikit dingin dan tidak terlalu panas. Syukur alhamdulillah. Sedikit sibuk dengan pelajar2 yang datang ke Pusat Sumber. Tapi masih mampu di handle..(opss sorry atas penggunaan bahasa rojak..hehehe) Buku yang bertaburan diatas meja..berselerak dan lari kedudukan di rak yang betul tak perlu nak diceritakan memang dah sedia maklum dan semulajadi...hehehe Tahun ni ada sedikit perbezaan... maksudnya dari segi berbuka dan bersahur... Entahlah sedikit fobia untuk menelan sebarang makanan seperti dulu. kala

Ramadan kembali lagi

Assalamualaikum.... Lama tak kemaskini blog...dah masuk 2 bulan lebih rasanya... Mengharapkan semua dalam keadaan baik dan sihat selalu.... Bulan Ramadan kembali lagi tahun ni....hari ni hari pertama puasa...harap semuanya berjalan lancar... dan semoga segala ibadah diterima Allah....dan semoga kuat hati untuk menempuhi segala ujian dan dugaan ramadan tahun 2012 ni..dan semoga diberi kekuatan juga untuk menambah amalan kebaikan sebagai bekalan akhirat....aminn SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA... selamat berpuasa sampai ke hujungnya...   Emas Delima