My Tabung

Buy present Online

Monday, August 13, 2012

10 malam terakhir Ramadan dan Lailatulqadar serta tanda2nya....

Kita sekarang sudah berada dalam 10 malam terakhir Ramadan tahun 1433 hijriah dan ketika saya mencoret semua ini hanya tinggal lebih kurang dalam 5 ke 6 hari saja lagi (kalau tidak silap) kita berada dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini  dimana di 10 malam terakhir ramadan Allah telah menjanjikan satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan dimana Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan  ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya.

Aisyah ra berkata; “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan,  baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun  beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri)  isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada malam 10 terakhir ada satu malam  yang dinamakan lailatulqadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang   banyak). Pada malam ini diturunkan al- Quran sebagaimana firman Allah yang  maksudnya, “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.”  (al-Qadr,1)

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.


Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar.

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Sumber : iLuvislam.com


Emas Delima

No comments: