My Tabung

Buy present Online

Wednesday, August 15, 2012

Tembikai oh tembikai

Assalamualaikum....

Nyum...nyum..nyum....sedapnya si merah itu...my favourite all the time...tambahan lagi bulan posa tahun ni...memang selalu ada stok dalam peti...memang suka sangat dengan buah tembikai..kadang2 kalau  rajin kat kampung buat juga kerabu tembikai...memang bertambah berpinggan- pinggan la...hehehe...tapi selalu tak ada kerabu tembikai pun makan semangat jugak..haahaha

Sedikit info tentang tembikai dan khasiatnya korang google sendiri la ye...banyak dah diterangkan...sini pun ada...klik sini na...

kalau ditanya buah apa yang paling saya suka nie la dia...tembikai tetap menjadi pujaan hatiku sampi bila2...bukan raja buah atau buah  yang lain...kira ranking pertama la...Raja buah saya tak berapa makan sangat bukan la tak makan langsung cuma rasa2 sikit ja la...kalau di letak tembikai dan raja buah bersebelahan memang saya pilih si merah la..Raja buah tak heran dah...hahaha
Bercakap pasal tembikai jom baca cerita tentangnya yang saya share kt bawah ni...


KISAH SEBIJI TEMBIKAI

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Jadi mari sama- sama kita mbik iktibar dan tauladan di atas penceritaan di atas...sebelum melemparkan sebarang kemarahan dek emosi kita yang tak dapat dikawal itu...renung2kan dan timbang balik dulu setiap perkara sebelum kita bersuara...banyak2kan bersabar jika kita melalui seperti cerita di atas...dan yang sewaktu dengannya...Allah lebih mengetahui...


Jumpa lagi..


Emas Delima

No comments: