Depa nak tukar...

Assalamualaikum...

Tahun ni ada tiga orang rakan sekerja aku yang minta nak pindah tempat kerja kat kampung halaman sendiri or negeri kelahiran mereka dengan berbagai2 alasan yang boleh dikira bernas dan amat sangatlah logiknya.
Tak pun minta tukar ke tempat yang lebih dekat dengan tempat tinggal dan dekat dengan suami serta anak2..
Alasan selain yang tersebut diatas tu rasanya aku faham juga sebab apa depa nak pindah dan bertukar...munkin juga nak mencari pengalaman baru dan fresh di tempat lain, jumpa dan bergaul dengan lebih ramai kawan2 baru ...best la juga kan...kalau asyik bertahun2 buat benda yang sama saja dan asyik tengok muka yang sama saja boring juga kan...hehehe

* Yang pastinya alasan lain yang lebih kuat sebab apa depa nak pindah aku tau kot...he3...( gelak jahat sat )

***********
happy + sad

Nak kata tak sedih kalau depa dapat tukar sedih la juga...bukan juga,tapi memang terasa sedih dan kehilangan la...ye la kan dah lama bersama mengharungi detik2 sukar suka dan duka bersama...bergaduh bermasam muka, buat perkara gila2...bersatu hati menentang musuh negara...oppss....hahahaha
Tapi dalam pada masa yang sama i'm happy for them...huhu
Dalam satu pasukan biasalah kan...setiap seorang punya pendapat masing2...punya teori dan pemikiran yang berbeza2 dalam segala segi...yang persamaan tu selalunya tak banyak tapi kadang2 perkara2 kecil sebegitulah yang menyatukan dan menjadikan asas persahabatan itu lebih erat..itu bagi aku la..orang lain aku tak tahu...
*************

Berselisih pendapat, bermasam muka kerana ketidakpuasan hati dan emosi yang tak berapa stabil tu biasa...
tapi disebaliknya itu ada lagi yang lebih manis untuk dikenang andai sudah tiada...masih banyak peristiwa yang membolehkan senyuman terukir andai nanti mereka sudah tiada...
Dan aku masih setia disini...dan mungkin satu hari nanti aku juga akan punya keperluan seperti mereka untuk bertukar atau berpindah ke tempat lain...
Buat masa sekarang aku masih lagi tetap mahu disini...mental dan emosi masih kuat untuk mengharunggi cabaran dan dugaan di sini... :-)
  **************

Buat teman2 yang minta tukar tu, hope ada rezeki... walaupun sedih dan sebak dihati ini..hehehe
tapi suami dan keluarga hampa lebih penting lagi kan....gud luck

_________________________________________________



Emas Delima



Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan