My Tabung

Buy present Online

Sunday, December 2, 2012

Cerita macam2...Dari Istanbul dan Adam & Hawa

Salam,

Oh mak, dah pukul 1 pagi lebih dah tak tidur lagi ni anak mak sorang ni.
Esok pagi nak balik kampung.Entahkan jadi entahkan tidak.kalau tak jadi nampaknya terpaksalah tunggu hari senayan pula.Nasib baik ambik cuti lama.Itulah hasilnya dari overtime sehari hari di library.Nak claim duit tak boleh,dorang cakap duit tak ade la...duit tak cukup la..bajet tahun ni dah kering la..mana lari duit tu entah tak tahu la.Tak kisahlah...Pikir pun buat sakit hati je kan..claim cuti bebanyak..Boleh cuti2 seMalaysia awal bulan ni dan hujung tahun...tapi tak kemana pun la..balik habiskan cuti kat kampung je bersama mak tersayang..Lagipun bukan selalu dapat bercuti panjang2 dan melepak kat kampung together2 dengan my family esspecially my mom..

Banyak benda yang aku fikir sekarang.tapi sukarnya nak terjemahkan atau luahkan kepada orang yang boleh dipercayai..rahsia diri lebih baik rasanya disimpan dalam hati atau kalau tak boleh tahan juga memang rasa perlu ceritakan so carilah someone yang benar2 anda rasa boleh simpan dan bawa rahsia anda itu sampai ke akhir hayat..bak kata pepatah biar pecah diperut jangan pecah dimulut..Tapi yang peribadi i think tak perlulah nak buka cerita kat orang kan...just simpan..cerita je la benda yang rasa tak berapa peribadi yang tak sampai memudaratkan diri sendiri...ye la..kita  tak tahu masa depan kan..kot2 terjadi sesuatu...kita pula yang menangis karang..so berhati2lah.

Baru selesai tengok citer Istanbul Aku Datang...ehmm..not bad ...boleh la layan jalan cerita yang simple dan ringan...cumanya ada jugalah bebarapa benda yang aku tak berapa berkenan...tapi baik lagilah citer ni dari filem yang berpeluk tak hingat dengan adegan atas katil ke entah pape je...Lisa Surihani sangat best dan comel..Tomok mungkin boleh improve tapi ini serius..tak tahan tengok dia berlakon jadi kekasih cakap baby pe semua...hahaha..beto oklah...tak kurang tak lebih...kurang mencabar kot watak tu kat dia..biasa2 je..

Sekarang ni pula dok ikut citer drama Adam dan Hawa pula..no im not so fanatik...just suka2...aku ni susah sikit nak ikut citer melayu sampai habis...kadang2 tengok kadang2 tak..episode last baru nak hegeh2 tengok..hehehe..drama melayu yang aku ikut dan tengok sampai habis yang aku ingatlah drama Nur Kasih masa tayng kat tv3..Lepas tu tengok ala2 ja..tapi lepas tengok tengok drama Adam dan Hawa,this my second drama yang aku rasa aku akan ikut sampai habis.. mulanya sebab nak tengok macamna drama yang asalnya dari novel ni karya kak Aisya sofea diadaptasi ke visual...bagus ke.. tak bagus ke..tapi so far...aku suka...sebab adegan hero dan heroin yang tak sangat over the limit..keserasian yang terserlah dan menjadi antara aaron Aziz dan Nadiya Nissa as adam Mukriz dan ain Hawani...aku tahulah ramai peminat Aaron yang dok ikut citer ni sebab Aaron...tapi bagi aku tidak..tapi bagi aku dalam banyak2 drama Aaron yang aku tengok..watak dia dalam drama ni memang sangat menyerlah dan dia carry lain dari yang dia selalu bawa..Apapun yang pasti aku lebih suka dan teruja nak tengok Nadiya Nissa sebab tak pernah tengok dia bawa watak as heroin...memang tak menghampakan tapi marbeles..real kot dia berlakon..tak over macam sesetengah pelakon...suka cara dia bawa watak Ain Hawani..walau bnyak juga la cacat cela drama ni tapi nasib baik acting dorang berdua superb...Dulu ramai pertikaikansi  Nadiya ni...nape pilih dia jadi heroin..sebabnya diorang cakap dia tak berapa cantik..Hamboi orang kita asyik nak cantik je kan..but seriuslah Nadiya Nissa ni bagi aku sweet je airmuka dia dengan tahi lalat kt bawah dagu tu manis..dia pandai buat memek muka..and now dia buktikan dia boleh bawa watak tu lebih baik dari yang lain dan bagi aku memang dia sesuai sangat as Ain Hawani...nak bayang pelakon wanita lain jadi Ain pun susah sebab nadiya bawa memang sangatlah bagus...
Yang pasti keserasian dorang tu yang buat cerita ni sangat menarik...sweet je tengok padahal dua2 laki dan bini orang...hehehe...tapi oklah dorang berdua sangat careful dalam setiap scene...first time tengok Aaron berlakon tak over bila adegan romantik...hehe...

So...need to sleep....so sleepy now...wish my life will going well tomoro and tomoro and.......b fresh
Love..


Emas Delima

No comments: