Posts

Showing posts from January, 2013

Kehilangan

Al-Fatihah.... Ketentuan Allah sudah sampai petang semalam.. Jumaat 4 januari 2013 anak saudaraku telah kembali ke rahmatullah setelah hampir 3 minggu berjuang dengan kesakitan dan semangat untuk kembali sembuh seperti sediakala..Tapi takdir Tuhan sampai akhirnya...Dari Dia kita datang kepadaNYA juga kita dikembalikan...Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan soleh serta dipermudahkan perjalanannya di alam sana... Arwah anak lelaki sulung dalam keluarganya...anak kepada abangku yang no 7 dalam keluarga kami...Kesedihan tu tetap ada, pasti ada kerana kehilangan insan2 yang tersayang apatah lagi yg rapat dalam kehidupan kita..kehilangan yang bukan sementara tapi untuk selamanya..aku memahami kesedihan abang dan keluarga...ada hikmah dan rahmat dalam ketentuanNYA...sukar menerima kehilangan di awal pemergian kerana sudah terbiasa mendengar suaranya...melihat raut mukanya...mendengar telatahnya dan sebagainya yang boleh mengingatkan kita kepada yang pergi..Terasa kosong

2012 Pergi...2013 Pulak Mai

Assalamualaikum.., Hai semua, dah masuk 2 hari dah di tahun baru masihi..Actually malas sangat nak update apa2 entry tapi sesaje la gedik konon nak buat entry jugak untuk awal tahun 2013..hihi Azam tahun baru,... Ehmm, tak ade azam pun...cuma nak buat perubahan dalam diri sikit demi sikit...so tak kisahlah tahun baru ke tahun lama ke, pertengahan tahun ke..kalau nak berubah tak perlu nak tunggu awal tahun..mana tahu tunggu punya tunggu..yang lain pula yg datang kan...dah tak sempat...huhu Pasal kerja, tahun ni Puan dah bagi pembahagian tugas yang baru untuk kami.. Aku dah tak buat kerja memproses bahan sumbangan lagi.. sayang juga la sebab dah 4 tahun sejak aku pertama kali menjejak kaki kat tempat kerja sekarang,itulah kerja aku..tak pernah bertukar...dah rasa sebati pula..nak serah kat orang lain terasa macam benda berharga yang diambil dari aku...hehehe...samapi gitu sekali yerr... Well, kerja lama aku puan bagi kat my Sarawak friend Flora...senang je kerjanya cuma bila