2012 Pergi...2013 Pulak Mai

Assalamualaikum..,

Hai semua, dah masuk 2 hari dah di tahun baru masihi..Actually malas sangat nak update apa2 entry tapi sesaje la gedik konon nak buat entry jugak untuk awal tahun 2013..hihi

Azam tahun baru,...
Ehmm, tak ade azam pun...cuma nak buat perubahan dalam diri sikit demi sikit...so tak kisahlah tahun baru ke tahun lama ke, pertengahan tahun ke..kalau nak berubah tak perlu nak tunggu awal tahun..mana tahu tunggu punya tunggu..yang lain pula yg datang kan...dah tak sempat...huhu

Pasal kerja,
tahun ni Puan dah bagi pembahagian tugas yang baru untuk kami..
Aku dah tak buat kerja memproses bahan sumbangan lagi..
sayang juga la sebab dah 4 tahun sejak aku pertama kali menjejak kaki kat tempat kerja sekarang,itulah kerja aku..tak pernah bertukar...dah rasa sebati pula..nak serah kat orang lain terasa macam benda berharga yang diambil dari aku...hehehe...samapi gitu sekali yerr...
Well, kerja lama aku puan bagi kat my Sarawak friend Flora...senang je kerjanya cuma bila banyak sangat sumbangan sampai waktu sama terutama buku2...jenuh juga nak cop,nak rekod dalam buku lagi dll...apapun itu semua pengalaman untuk kerja di tempat lain seandainya terpaksa berpindah atau dipindahkan..so dah tahu sedikit sebanyak.

Tugas baru,
Aku ambil alih kerja Ila pula print overdue pengguna lewat hantar buku..Dah ambik alih tugas pagi tadi..dah belajar sikit2 tapi still masih pening sikit..biasa la baru la katakan nak mahir macam Mek Setazah Ila tu.kena bertahun juga la...hehehe.APAPUN AKU KENA TEGAS...kekekekee

Ragam sekeliling,
Well, macam2 la ni...suka duka,pahit manis,masam,gila2 dan macam lagi dah aku lalui untuk tahun 2012..aku ada pendirian sendiri juga walau kadang2 goyah sikit...apapun biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya..

Moga tahun 2013 ni memberi seribu rahmat untuk semua...Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk hambamu mengecapi dan menghirup udaraMu..alhamdulillah...bantu kami semoga kami tetap dijalanMu Ya Allah...Sembuhkan juga anak saudaraku yang sedang berjuang untuk hidup dengan belas ikhsanMu yg Allah..andainya masih ada umurnya...amin

p/s:Feeling2 nak turunkan berat badan sikit tahun ni....hehe...berjaya ke?we will see...hihi
adios

Emas Delima

Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan