Kehilangan

Al-Fatihah....
Ketentuan Allah sudah sampai petang semalam..
Jumaat 4 januari 2013 anak saudaraku telah kembali ke rahmatullah setelah hampir 3 minggu berjuang dengan kesakitan dan semangat untuk kembali sembuh seperti sediakala..Tapi takdir Tuhan sampai akhirnya...Dari Dia kita datang kepadaNYA juga kita dikembalikan...Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan soleh serta dipermudahkan perjalanannya di alam sana...

Arwah anak lelaki sulung dalam keluarganya...anak kepada abangku yang no 7 dalam keluarga kami...Kesedihan tu tetap ada, pasti ada kerana kehilangan insan2 yang tersayang apatah lagi yg rapat dalam kehidupan kita..kehilangan yang bukan sementara tapi untuk selamanya..aku memahami kesedihan abang dan keluarga...ada hikmah dan rahmat dalam ketentuanNYA...sukar menerima kehilangan di awal pemergian kerana sudah terbiasa mendengar suaranya...melihat raut mukanya...mendengar telatahnya dan sebagainya yang boleh mengingatkan kita kepada yang pergi..Terasa kosongnya bila tiada seolah2 seperti bilik kosong yang tinggal tidak berpenghuni..yang tak mungkin dapat di isi...Jika di isi pun tidak akan sama..
Begitulah rasa aku dan kami ketika kehilangan insan yang sangat rapat dihati kami satu ketika dahulu..Abang aku dan kami sudah merasai kehilangan pak yg dikasihi dan juga abang...dan kini abang ini kehilangan pula anak yg dikasihi...kami mengerti rasa itu....Namun bersabarlah...kerana Mati itu pasti..pasti akan datang untuk semua mahkluk Tuhan di atas muka bumi ini...cuma masa,ketika,bagaimana dan tempatnya...hanya Allah yang lebih mengetahui...

Redhalah abang dengan pemergian ini...kita pasti akan menyusul nanti...
Arwah anak saudaraku Udin...tenanglah disana...
Bersama arwah tokwan dan pakndak serta sanak saudara yg telah pergi...
Doa kami untuk semua selagi bernyawa...


Emas Delima

Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan