My Tabung

Buy present Online

Saturday, March 2, 2013

Cerita lagi..lagi2 cerita

As Salam,

Sejak 2 minggu yang lalu hidup aku bagaikan sangat tidak terurus.Sejak 2 minggu terpaksa berulang alik pergi kursus di Kuala Lumpur.Sekarang dah selesai alhamdulillah..setiap tahun macam ni la..kena kursus...kursus dan kursus lagi..hehe

Yang dikatakan sangat tidak terurus tu bukan apa...rumah walaupun duduk sorang bagaikan tokang pecah..serius ni...dapur bagaikan market jual ikan dan sayuran basah..paper sana sini...pingan penuh kat singki...ruang tamu pulak aduh toksah cerita la...malu jaa...hahaha...malas betul la anak dara ni kan..mau pensan kalau tetamu datang berkunjung kan..hahaa....percaya tak??? tipu je la...tak adelah seteruk itu...

Sebenarnya bukan malas cuma kurang rajin sikit..rasa penat p mai pi mai kuala Lumpuq tu tak hilang lagi..Mungkin sebab berat badan yang melampau2 so tak larat nak bergerak kan...sekarang dalam proses menurunkan berat badan sikit dengan mengambil  produk yang dijamin oleh kementerian kesihatan Malaysia..harap2 menjadi la kan diet ni..hehehe

Tahun ni rasanya mungkin menjadi tahun agak sibuk bagi kami library..Dulu bukan tak sibuk, sibuk juga cuma tahun ni lebih sikit sibuknya...maklum Cik Puan dok merangka macam2 program untul library...dulu tak pernah ada sangat pun program dalam library..tahun ni je sejak pengarah baru menerajui jabatan kami ni dan juga ada sedikit permintaan dari pihak2 lain...opppsss..sulit ok..x boleh cerita..haahaha...kiranya tahun ni semua mahu sepantas kilat je kejanya..Apapun harap2 semuanya menjadi la dan bukan hangat2 tahi ayam...hangat ke tahi ayam hah? hehehe

Tahun ni jugak start bulan 3 ni aku bertukar jadual keja..masuk keja jam 9 pagi balik jam 6 petang..Sebabnya dorang suruh lanjutkan waktu perkhidmatan untuk pengguna..so jadi mangsa tentulah kami yang bujang2 ni..sebab yang dah kawin susah sikit...anak kat nurseri  dan tadika tu hanya setakat jam 5 saja..so dorang susah la nak masuk keja jam 9...Alasan lain sebab aku dan yang lain2 tu juara dalam datang lambat keja...hahaha...ehhh..,bukan la selalu cuma kadang2 je tapi kerap dan boleh kata tiap2 bulan ada je merahnya..hahaha..so tak pe la..kami terima ja...insyaallah akan lebih cuba menghargai masa dan cuba memperbaiki diri...

So jumpa lagi ya....

Emas Delima

No comments: