My Tabung

Buy present Online

Saturday, May 18, 2013

Buat entry baru sebab mata tak mau lelap,ada2 je la kan....

As-Salam,

Aku dan kawan sepejabat baru pulang dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim petang khamis 16/5/2013 setelah selesai berkursus selama dua hari disana.Kami tinggal di rumah penginapan Politeknik.Ala2 hotel juga la,lengkap dengan segala barang keperluan yang diperlukan cuma airnya masalah sikit.Nak kata tak ada,ada cuma tak berapa nak laju dan kuat.Bolehlah nak mandi cuma macam kami berdua yang pergi kursus ni memang kaki mandi lama2.suka memerap main air dalam bilik mandi..hahaha..so kalau air banyak pun lama, bayangkan kalau air tak berapa nak ada.lagilah lama memerap di dalam bilik air itu.hahaha.Tapi yang tu tak kisah.Pandai2lah nak hidupkan..Kursus macam biasa,mendengar celoteh penceramah,mata pun tak biasa ditahan..asyik nak tertutup aje.Cuba bertahan selagi mampu tapi macam lali juga la..masuk tak masuk apa yang dia ajar..So time suruh buat latihan barulah terjegil biji mata kelam kabut tanya orang sana sini.nasib la kebanyakan yang pergi kursus tu lebih kurang je macam kami..Apapun kami tetap berusaha menumpukan perhatian dengan apa yang penceramah ajar..Mungkin agak blur pada mula2nya tapi berusaha sendiri untuk memahami dan mempraktikan ilmu yang diberi..in sha Allah...Yang penting sekali kuota kursus untuk tahun ni dah penuh untuk aku.Cuma kawan2 yang lain belum lagi..Tak apa,masih ada masa lagi sampai hujung tahun ni..

Sebenarnya banyak nak cerita sebab aku tak boleh nak tidur malam ni.mungkin penangan kopi pekat malam tadi.Tengok la dah pukul berapa aku masih berjaga.,Tapi esok tetap kena bangun awai sikit dari biasa sebab banyak kerja aku nak buat di hari minggu ni.Jumaat semalam cuti Keputeraan raja Perlis pun dah aku sia2kan dengan buat tahi mata je.Penat sangat dengan kursus,jalan sana sini..Alasan semata2 kan...

Jumpa lagi,

Emas Delima

No comments: