Day 5 - fasting

Hari kelima berpuasa.So far masih boleh berpuasa lagi.Alhamdulillah.
Tahun ni alhamdulillah sahur dan berbuka untuk hari pertama adalah di kampung tercinta bersama mak,kakak dan abang ipar serta abang kandung tersayang.Abang yang ehmm je belum ada lagi...hahaha
Sempat bersahur bersama mak dan family dua kali dan berbuka sekali.Almaklum kena pulang bekerja mencari rezeki sesuap nasi...hoho..sesuap la sangat...bersuap2 tau..Tok sah nak tipu sangat la...hahaha
Sebenarnya kesian juga dengan mak sebab hanya dia dan abang  saja di kampung.Nasib baiklah kakak kawin orang dekat jea boleh berulang balik jengguk mak yang sekarang selalu sangat tak berapa sihat.Telefon mak katanya kakak buat masa sekarang selepas balik motong getah dia balik berbuka dan bersahur di rumah mak.Semoga Allah menyembuhkan segala sakit dan memberi kesihatan yang baik untuk mak agar dapat menjalani ibadah puasa dan ibadat2 lain dengan mudah tanpa masalah.Amin

Puasa tahun ni alhamdulillah permulaan untuk diri ini untuk mencari satu perubahan sekurang2nya.Kalau boleh nak lebih baik dari tahun sebelum2nya.Cuba menyempurnakan segala yang wajib dengan penuh istiqamah dan berusaha melawan sikap buruk yang ada dalam diri demi mencari redha ilahi dan rasa tanggungjawab.Sama2lah kita berusaha yea kawan2.In Sha Allah,Allah ada untuk membantu hamba2nya.DIA mengetahui segalanya..So pedulikan saja kata2,pandangan sinis manusia,biarlah apa anggapan mereka..Kerana kadang2 tanpa sedar bila selalu cuba mencari dan melihat kesilapan orang sebenarnya akan menimbulkan rasa riak dan sombong dalam diri yang mana sia2 sahaja pahala yang mereka dapat.Itupun belum tentu sebab segalanya Allah yang lebih mengetahui.

Bagi diriku tak perlu rasanya nak menunjuk sesuatu perubahan yang baik yang kita cuba lakukan..Biar Allah sahaja yang menilai diri hambanya.Kita hidup bukan untuk mencari pujian manusia yang mana sama saja di sisi Allah Taala kecuali iman dan takwanya.Sekecil2 benda baik yang cuba kita lakukan biarpun biasa bagi manusia lain,in sha Allah dengan keikhlasan akan di terima Allah...

So,teruskanlah apa yang hampa rasa baik untuk diri...bersederhana dalam segala segi...
jumpa lagi...



Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan