Kisah masak memasak

Assalamualaikum dan selamat malam...
Malam ni terasa rajin pula nak memasak.Ala masak agar-agar je..Mula2 ingat nak buat agar-agar lumut tapi last jadi agar-agar serupa air kopi campur susu daaa..hehe..Ingat nak buat dua lapisan gula merah dibawah, yang lumut hijau di atas tapi malas sangat nak tunggu lapisan bawahnya keras.So buat sajalah macamna pun janji boleh makan.Ingat nak bawa ke opis,untuk makan bersama kawan2.Sorry gambar tak ada,handphone cap ayam je tak ada camera..hehe

Tahun ni memang tahun malas aku..hahaha.Malas segalanya2.Memang malas sungguh aku nak masak.hujung minggu pun tak adanya aku nak masak.Maklum sorang2 kan.Kalau lapar sangat aku masak meggie aja.Boleh kata tahun ini banyak membeli nasi bungkus aja.Terukkan aku ni...hihihi.tapi kalau balik kampung aku masak la juga sebab family ada.Takkanlah aku nak suruh mak masak pula ye dak..anak2 dah dewasa so biar la mak rehat kan tapi kalau masakan yang susah mak la tolong.Tolong ajarkan dan kadang2 tolong buat yang basic.lepas tu kami anak2 teruskan menyambung apa yang mak buat.Selalunya masakan macam gulai ikan darat la sebab mak sangat terer dan sedap hingga menjilat pinggan.kalau aku buat kurang.

Dulu aku tak pandai masak sangat.Selalu kalau hari raya mak dan kakak aku yang masak semua macam gulai daging,rendang ayam,ketupat apa semua.Tapi lepas kakak aku kahwin kami pula la yang kena masak.Aku ada 2 orang ja kakak.Yang sulung tu memang pandai sungguh masak,yang no 2 tak la pandai sangat tapi boleh2 aja.Dua2 dah kahwin so sekarang kakak yang no 2 tu pun dah pandai masak.lagipun husband dia tak cerewet atau memilih makan.Adik aku pandai sikit bab2 masak ni sebab dia rajin mencuba dan selalu pi kelas masak.Aku jeles juga la dengan dia.Dia terer balut ketupat palas, orang kata memang kemas elok la balutannya.Aku pun tak mahu la ketinggalan so belajar juga la..Alhamdulillah sekarang aku dah boleh masak,buat ketupat semua tapi sedap itu tak adalah sangat..hehehe

Paling syok raya tahun ini semua aku buat sendiri.Ketupat, gulai daging dll.memang puas hati.Rasa puas sangat2.Bangga tak hinggat...Riak pula jadinya bila semua puji gulai daging sedap tambah pulak rempahnya aku buat sendiri..Sekarang ni dah terer buat rempah sendiri tau...hahaha

jumpa lagi...


Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan