My Tabung

Buy present Online

Monday, November 4, 2013

9 tahun sudah

Zaman sekarang semua dh canggih.Malahan nak beli barang pun sekarang dah mudah.Tak perlu nak pergi kedai macam dulu.Klik je kat mana2 kedai online yang ada barang yang kita suka semua boleh dapat dihujung jari ja.Dengan teknologi sekarang dari budak kecik sampai dewasa semua pandai guna malahan terlebih pandai dan menyalahguna pula ke arah yang tak baik.
Itu bagi yang punya rezeki lebih,tapi bagi orang2 yang kurang mampu mungkin semua ini asing sangat.mungkin juga mereka mampu tapi terpaksa menyalurkan apa yang ada ke arah yang lebih penting.Iyelah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang kata orang.huhu
Tiba2 menaip benda macam ini bukan apa, sekilas terlintas dalam kepala otak, aku teringat waktu dulu betapa susahnya nak dapat benda2 macam sekarang.Tablet,ipad dll.Orang lain dah berzaman guna kita masih terkial2 baru nak belajar.Tak apa, rezeki masing2.Apapun aku tetap setia gan telefon yang satu ni.9 tahun sudah berkhidmat.Abang aku yang belikan.Seronok sangat2 bila baru dapat biarpun tak secanggih yang orang ada.Walaupun dah ada yang lebih kedepan namun untuk calling2,mesejing2 aku lebih suka guna yang ni.Tahan lama pungai kepala orang jahat pun boleh..hihi

No comments: