Posts

Showing posts from July, 2013

Day 5 - fasting

Hari kelima berpuasa.So far masih boleh berpuasa lagi.Alhamdulillah. Tahun ni alhamdulillah sahur dan berbuka untuk hari pertama adalah di kampung tercinta bersama mak,kakak dan abang ipar serta abang kandung tersayang.Abang yang ehmm je belum ada lagi...hahaha Sempat bersahur bersama mak dan family dua kali dan berbuka sekali.Almaklum kena pulang bekerja mencari rezeki sesuap nasi...hoho..sesuap la sangat...bersuap2 tau..Tok sah nak tipu sangat la...hahaha Sebenarnya kesian juga dengan mak sebab hanya dia dan abang  saja di kampung.Nasib baiklah kakak kawin orang dekat jea boleh berulang balik jengguk mak yang sekarang selalu sangat tak berapa sihat.Telefon mak katanya kakak buat masa sekarang selepas balik motong getah dia balik berbuka dan bersahur di rumah mak.Semoga Allah menyembuhkan segala sakit dan memberi kesihatan yang baik untuk mak agar dapat menjalani ibadah puasa dan ibadat2 lain dengan mudah tanpa masalah.Amin Puasa tahun ni alhamdulillah permulaan untuk diri ini u

Ramadan 2013

Lamanya tak update blog.Tak ada benda menarik nak post.Tak ada mood nak bercerita atau nak mengarang apa2 kat sini.Apapun terima kasih kepada semua yang sudi menjenguk blog picisan ini. Ramadan 2013 dah 4 hari kita lalui.Harapan semoga Ramadan tahun ini lebih bererti bagi semua.Lebih dihargai,lebih disyukuri,dan lebih segalanya.Alhamdulillah kita masih berpeluang sekali lagi untuk sama2 menunaikan ibadah puasa tahun ni.Semoga puasa dan ibadat kita diterima Allah.In Sha Allah. Semoga terus istiqomah dalam merubah diri kepada yang lebih baik dari sebelumnya.Membuat satu perubahan untuk diri,agar lebih menghargai dan mensyukuri kehidupan yang Allah berikan saat ini dan ketika ini.. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa hingga ke hujungnya, in sha Allah.