My Tabung

Buy present Online

Sunday, August 31, 2014

Update sikit..

Assalamualaikum

Dear blog,
Tahun ni sungguh tiada mood nak berbloging.Nak delete terasa sayang.
So bila sedikit mood rajin mai bolehlah nk update sikit2 pasal life aku dan sekeliling aku.

Dah 2 bulan rakan sekerja atau Ex officemate aku Flora bertugas di negeri dia Sarawak.Selepas dia pindah balik sana, ada juga la kami berhubung melalui sms dan talifon.Terasa dari suara dia happy kat sana.Mungkin beban yang ditanggung semasa di Poli Perlis sudah tidak terasa lagi kot.Oklah tu,hidup perlu happy dan positif kan Flora..hehe

Selepas Flora  pindah,sorang lagi rakan sekerja pindah tapi masih di dalam negeri Perlis cuma tidak sebumbung dengan kami di Poli lagi.Kak Rohana Moktar bertukar tempat kerja setelah dinaikkan pangkat ke S22.Oleh kerana post S22 tak ada kat poli so terpaksa la Kak Ana di tukarkan dan diletakkan di tempat lain.Nasib Kak Ana baik sebab hanya ditukarkan dalam negeri Perlis juga.Sekarang bertugas di tempat baru di kangar.Tak ingat pula nama opisnya..hehe
Mula2 dengar kak Ana kena pindah,perasaan sedih tu tetap ada walaupun hanya kat Kangar sahaja.Sedih sebab dah lama bersama kat Poli, dah rasa seperti adik beradik, dah mesra dan boleh berkongsi moment2 gila2 bersama.Tapi redha la sebab tahu kami pun mungkin tak selamanya disini..huhu

Penganti Flora, kak Zafilah pun ok.Sopan orangnya, lembut aja cakap kadang2 aku suruh repeat sebab tak dengar,slow jer sora dia..hehe..la ni p beli makan kat cafe pun dengan dia.alhamdulillah semua baik2 sahaja selepas pemergian Flora dan Kak Ana walaupun kadang2 rasa rindu juga moment2 bersama sebelum ni.banyak kenangan dengan depa semua..pendek kata p mana pun tak lupa la macam moment2 dengan kawan2 sekerja di Penang dulu.Tetap dalam ingatan.

OPis masih macam biasa.Tak banyak perubahan.Aku kena ambil alih kerja Kak Ana jadi penyelaras aset walaupun memang tak ada keyakinan langsung tapi tetap kena buat juga la sebab dah arahan.Kalau tak mau pun lepas ni kena juga so terima aja la.nak cerita pasal opis memang tak habis, banyak sangat perkara2 berbangkit.huhu..Ragam dan asam garam kehidupan dan kerjaya sampai bila2 pun tak ada titiknya kecuali bila kita dah kembali kepada pencipta...

Oklah cukuplah setakat ini...

No comments: