BTS : Before Ramadan

Assalamualaikum...! 

Hai.. We meet again.
Hari ini hari ke empat kita berpuasa di bulan Ramadan tahun ini. Semoga baik-baik sahaja ok.

Ni kejadian sebelum puasa. Berjanji dengan kawan-kawan nak buat laksa kuah lemak untuk depa.
Haha.. Ada kawan kata ni laksa Limited Edition..😀 ye la..sebab bukan senang nk buat. Jarang buat kat sini. Selalu balik kampung baru buat. Sini dasar pemalas. Haha

So sebab dah berjanji maka jadilah..
Ikan tu dah hampir 2 minggu kot simpan. Haha. Mintak kakak sepejabat tolong beli tapi tak jadi nak buat minggu dia belikan so postpone sampai 2 minggu. Alhamdulillah ikan masih elok sebab simpan dalam tuppaware bukan tipuware haha.
Tak la simpan dalam apa pun ok.

Alhamdulillah selesai dan berjaya buat laksa kuah lemak. Tapi kali ni versi tak tumis just masukkan bancuhan rempah dan bawang yang dimesin terus ke dalam periuk biar mereneh masak..

Kali ni puas hati buat sebab sebelum tu dah buat dah untuk kawan sekerja tapi letak ikan sardin tin sebab ikan fresh tak banyak so kuah agak cair.Bila Letak ikan sardin tin buat kuah laksa tu lari sikit rasa sebab bau dia kuat sangat overpower pulak kuah tu.

Ok jumpa lagi guys.
Nanti saya update resepi Laksa Kuah Lemak my version ok. 😊

Bye see u again.

Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan