[Resepi ] Laksa Kuah Lemak (Versi Saya)

Assalamualaikum.

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ni. Inilah resepi laksa kuah lemak versi saya.
Selamat mencuba.

Bahan2

  • Ikan (ikut nak kepekatan kuah takat mana, Nak pekat kena banyak sikit la ikan tu. Saya buat ikut suka hati ja. Ini saya guna dalam 10 ekor ikut besar ikan.Saya selalu guna ikan kembung/selayang)
  • Bawang besar 3biji

  • Bawang putih 3 ulas
  • Cili kering yang telah diblend (sikit saja )
  • Rempah kari ikan 1 1/2 bungkus (selalu guna rempah buat sendiri lagi sedap, dlm tu dh ada cili giling dan sebagainya)
  • Santan sekilo ( Kalau guna santan kotak letak lah sekotak setengah)

Cara2 masak

  1. Tumis rempah bersama bawang besar dan bawang putih yang telah di blend.
  2. Masukkan sedikit cabai kering yang telah diblend.
  3. Biar sampai pecah minyak dan rempah betul-betul masak
  4. Masukkan asam keping ikut masam yg diinginkan.
  5. Bila rempah dah pecah minyak dan masak masukkan ikan yg telah direbus yang sudah diperisi halus atau dihancurkan.Nak blend pun boleh tapi kasar saja.Kalau terlampau halus takut tak rasa isinya.
  6. selepas itu masukkan air rebusan ikan tadi dan masukkan santan.
  7. Masukkan bunga kantan,daun kesum, serbuk perasa,gula dan garam.bila dah mendidih boleh tutup api.
  8. Hidangkan dgn laksa yg telah direbus bersama ulaman seperti timun, bawang, daun selom atau apa2 daun2 yang dirasakan sesuai.


Selamat mencuba. Ringkas saja versi saya. Setiap orang ada cara masak masing-masing dan olahan berbeza ikut creativiti sendiri.Jadi tidak perlu la kita nak membandingkan ok. Ikut cara sendiri.Janji sedap dimulut dan boleh ditelan sudah la hihi.

Selamat bertemu lagi nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan