My Tabung

Buy present Online

Tuesday, August 31, 2010

Resepi Kueh Buah Rotan



Salam semua...
haa..seperti yang aku janjikan..kat bawah nie aku sertakan bahan2 dan cara2 membuat kueh BUAH ROTAN seperti gambar kat atas nue yang aku ambik kat google picture..klau ada sesiapa yang punya..aku mohon halal yea..kredit to owner..selamat mencuba ya..


BUAH ROTAN

BAHAN2NYA :

Tepung pulut (ikut suka hati la nak banyak mana..klau nak buat banyak..letak lebih..sebab tengok mak bancuh dia letak main agak2 je..dah pro la ktakan..)
Santan (juga agak2 la dengan tepung tadi)
Lenga @ bijan
Garam dan Gula secukup rasa


CARA BUAT :

1. Ambik santan kemudian letakkan sedikit garam.
2. Setelah garam sebati dengan santan biarkan seketika.
3. Ambik tepung pulut dan masukkan sedikit gula(agak2 sendiri la kemanisan yang
korang nak.)
4. Satukan santan dengan tepung tadi kemudian bancuh sampai tepung dan santan
bersatu dan sebati sedang elok.
5. Apabila siap bancuhan tadi,bolehlah dimulakn proses menbuat buah rotan.
6. Apabila sudah siap dibulat2kan buah rotan itu,golekkan buah rotan tadi di dalam
bijan @ lenga smpai melekat.
7. Dan apabila sudah bersatu bijan @ lenga dengan buah rotan, bolehlah digoreng
sehingga kekuning2gan.
8. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan di pagi syawal.

Itu sajalah yang dapat aku share gan korang..mungkin cara kita tak sama sebab aku ikut cara mak aku yang main agak2 je..klau sudi korang try la cuba ya..insyaallah menjadi dengan izinNYA.

No comments: