Posts

Showing posts with the label kisah family

Kehilangan

Al-Fatihah.... Ketentuan Allah sudah sampai petang semalam.. Jumaat 4 januari 2013 anak saudaraku telah kembali ke rahmatullah setelah hampir 3 minggu berjuang dengan kesakitan dan semangat untuk kembali sembuh seperti sediakala..Tapi takdir Tuhan sampai akhirnya...Dari Dia kita datang kepadaNYA juga kita dikembalikan...Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan soleh serta dipermudahkan perjalanannya di alam sana... Arwah anak lelaki sulung dalam keluarganya...anak kepada abangku yang no 7 dalam keluarga kami...Kesedihan tu tetap ada, pasti ada kerana kehilangan insan2 yang tersayang apatah lagi yg rapat dalam kehidupan kita..kehilangan yang bukan sementara tapi untuk selamanya..aku memahami kesedihan abang dan keluarga...ada hikmah dan rahmat dalam ketentuanNYA...sukar menerima kehilangan di awal pemergian kerana sudah terbiasa mendengar suaranya...melihat raut mukanya...mendengar telatahnya dan sebagainya yang boleh mengingatkan kita kepada yang pergi..Terasa kosong...

Kisah budak dan sebiji buah durian

Satu hari seorang budak kecil (berusia mungkin dalam lingkungan 5,6 atau belum mencapai usia melebihi 10 tahun) berjalan ke kedai runcit yang sangat luas kawasannya...dia ternampak beberapa orang lelaki dewasa lebih kurang seusia bapanya(mungkin) sedang berehat di luar kedai runcit tersebut sambil mengopek sesuatu dan makan sesuatu yang dia tidak pernah nampak...Selesai mengopek mereka mengutip kembali kulit2 yang telah dikopek satu persatu itu lalu mereka menyantumkan kembali menjadi seperti asal dengan mengikatnya dengan tali lalu meletakkannya di tepi pagar berdekatan kedai. Budak kecil itu yang dalam usianya yang sebegitu...mungkin dengan rasa ingin tahu yang teramat sangat apa bendanya yang dimakan sekumpulan lelaki dewasa tadi ...perlahan- lahan dia mengheret benda yang telah diikat tadi balik ke rumahnya....sampai dirumah si anak kecil mencari bapanya....dan bertanya..."pak.,ni apa..''...sambil menunjuk benda yang dibawa pulang olehnya tadi...si bapa tanpa menjawa...