Posts

Showing posts from February, 2022

Biji Sawi

Image
Kenalkah anda dengan benda ini. Bagi yang tidak tahu, mai sini nak bagitahu.Inilah namanya biji sawi. Biji sawi digunakan dalam banyak masakan tapi yang paling popular dan selalu saya nampak ia digunakan adalah dalam  masakan kubis goreng mamak style.Mereka akan masukkan biji sawi dalam kubis goreng tu yang dimakan bersama nasi kandar dan lauk pauknya. Hari ini saya minta abang pergi ke kedai beli biji sawi sebab dekat rumah hanya ada halba campur sahaja.Tahukah anda apa itu halba campur? Halba campur adalah campuran beberapa jenis bahan masakan termasuklah biji sawi.Halba campur selalunya digunakan untuk masakan kari atau gulai tapi hari ini saya nak masak ikan masak cuka menggunakan ikan ploktan.Orang kedah panggil masak jeruk ikan sebab ia menggunakan cuka sebagai ramuan.Masakan ini orang selalu gunakan biji sawi sahaja. Antara bahan lain yang digunakan untuk masak ikan masak cuka atau jeruk ikan adalah: Bawang merah kecil Bawang putih Halia Biji sawi Cabai besar merah /