Posts

Showing posts with the label coretan ikut suka

Ramadan 2021

Image
Assalamualaikum semua.  Terlalu lama tidak menjengah pintu rumah ni. Jangan kan kata bersawang, kayu rumah pun sikit dah dimakan anai2. hehe Gitu perumpamaan. Haha Maaf kerana mengabaikan rumah ini.  Terlalu asyik dengan rumah baru yang lebih moden dan terkini. Lebih banyak melepak di twitter dan instagram. Blog semakin kesepian. Begitulah kitaran kehidupan. Yang lama di tinggalkan, yang baru diteroka sehingga tiba masanya disisihkan sama seperti blog yang bersawang.Yang ada kerajinan mungkin masih mengekalkan penulisan. Aku suka menulis karangan panjang tapi masa ku dihabiskan ke lain kegiatan.  Lupakan la. Aku rasa bersemangat secara tiba-tiba untuk menulis kembali disini. Akan ku cuba membahagikan masa yang terbuang utk mencoretkan sebarang aktiviti atau rasa dan keingginan terpendam disini. Mungkin yang biasa saja perkongsian kerana untuk berkongsi secara teliti tentang rahsia diri sukar untuk dilakukan.Itu seolah menempah masalah sendiri. Haha Hari ni 1 Ramadan 2021....

Holla 2019 Peeps!

Image
Assalamualaikum.. Kepada yang terbaca dan membaca blog ini. 😊 Terlambat sikit untuk mengucapkan... SELAMAT TAHUN BARU 2019. Semoga yang baik2 sahaja untuk kita semua. Memang jarang sangat datang untuk mengemaskini blog sekarang.Tahun lepas pun hanya beberapa entry saja sempat untuk di paparkan. Maklum sekarang tak ramai yang rajin nak membaca entry panjang dan juga agak leceh bagi sesetengah orang nak membuka blog berbanding social media lain seperti twitter, instagram dan facebook. Zaman blog seolah2 bakal menjadi satu sejarah untuk pupus seperti zaman yahoo m,myspace, friendster dll. Ehmm, Januari 2019 dah berlalu dengan jayanya. Arhh, cepat sungguh masa berketik laju meninggalkan kita.Dunia semakin uzur dimamah usia.Kita adakah masih di takuk sama.? Apapun life must go on. Walau apa terjadi. Persiapkan diri utk segala kemungkinan. Amalan dan ibadah perlu dipertingkatkan dan berhantilah memBawang😂 tapi makan bawang ok haha. Sama-sama ingat akan dosa dan pahala. Se...

Monday Blues

Image
Assalamualaikum semua. Hai korang.. Kembali bersiaran disini setelah beberapa minggu tidak mengemas kini blog. Kononnya nak aktif dan posting entry seminggu 3 kali ataupun paling kurang seminggu sekali tapi itulah kita hanya mampu merancang. Kadang2 tak ada benda nak di update sangat pun. Bercerita benda yang sama sesunguhnya membosankan kan? 😁 Monday blues? Tak tau la bagaimana nak buat untuk tidak mem'blues' hari Isnin.haha Change back. Change the attitude. Change for the better. Tapi masih takat tu juga. Hadoi sesungguhnya berhijrah untuk perubahan itu amat sukar bila kita sudah terlalu selesa. Ok bye.. See u all again for the next entry .. 📝 : Spread love not hate..Bukan apa sejak dua menjak ni nitizen Malaysia dah semakin membimbangkan dalam berbicara di dalam sosial. Soccom bullying r worsen..its to much now.

Susah betul nak tidur 😴

Hi semua, Sejak umur semakin meningkat ni susah sangat nak dapat tidur yang berkualiti. Asyik terlelap dengan berjayanya bila waktu nak dekat subuh. Habis bilanya kau mampu nak bangun buat solat tengah malam qiamullai dan apa2 solat sunat. Puas dipejamkan mata tapi tak mahu juga terlelap. Macam2 cara cuba buat tapi mata tetap segar bugar mengadap. Apalagi mengadap benda ni la. Teknologi manusia yang jika tidak dikawal ia pulak akan mengawal dan menguasai hidup kita. So kadang2 stress and tak cukup tidur ke esokkannya.so bila tak cukup tido asyik menguap mulut terbuka tergangga sampai lalat terbang masuk buat sarang dalamnya. Haha. Kerja pun akan terlibat sama. So jadilah ponteng kerja, el dan sebagainya. Sebab tak cukup tido kepala pun biol. Pening memusing macam gasing dan kipas atas syiling berpusing2. Entah apa cara nak bagi tidur lena dan dapat lena yang betul ada kualitinya. Ada cara tak? Sila share kalau ada.apa ampa buat untuk dapat tidur yang lena yg sebenarnya. Puas...

Spirit

Image
How's ur spirit now. . Not spirits of the coins ok. Its creepy haha. Actually i want to story about something. This post was in draft so today i decided to publish it. . I learn something from someone last night. She is much younger than me but she look mature in way she carry herself in social media. Yes she look naughtier of course bcs she still young but more than tht she look much better than some people who is much older than her. Thats how i observed her d way she used her social media. She encourage me to take step by step in learning something even my english. Broken or not at least we all try. No one is dying from talking,using n writing wrong grammars or less vocab. Even Phua chu kang talk broken english.the process of learning is important.so fighting. Dont give up and always keep learning. Smile people.. 😁😁😁

None

Andai dapat ku undurkan masa. Ya..andainya dapat ku undurkan masa. Tajuk lagu sebuah kumpulan tahun 90an. Zaman jiwang2.. Tapi ini bukan tujuan nak karaoke .. Pertanyaan..keingginan.. Andai dapat ku undurkan masa.. Mungkinkah aku punya jalan kehidupan yang bebeza. Mungkinkah aku bisa ubah semula. No. Kini tinggal hanya doa.Moga masa yang ada mampu mengubah dan bermakna. Susahnya nak berubah ya..sukarnya jika tiada pembimbing jiwa.Hanya pada Allah kita bergantung harap.

Menumpang Budi Orang

Image
Balik kg today after work.Cuti raya haji Raya korban.Seperti biasa yang tidak berkenderaan dan hanya ada lesen terbang macam aku hanya mampu menumpang kebaikan hati budi orng utk pulang.Tq Kza.Macam2 perasaan ada di dalam.Rasa segan.Rasa tebal muka.Sekian. Tq kakak2 dan adik opismate atas kebaikan korang.Percayalah jauh sudut hati sangat menghargai. Moga Allah memberkati dan merahmati serta memberi rezeki yang melimpah ruah buat mereka. Moga satu hari nanti aku mampu membantu orng lain sepertimana mereka membantu aku kala aku memerlukan.Aku manusia punya kelemahan.Maafkan.

Nothing

Salam dan Hi blog n all my silent readers... Lama sangat rasanya tak update apa-apa disini.Entah kenapa bermacam benda bermain-main  di kepala tentang blog ini.Ada kala rasa nak buat yang baru dan delete the old one.This one.I dont know.Want to start something fresh. Lama sangat kan tak aktif.Last entry bulan Ogos 2014 sekarang dah bulan 3 2015.Berapa bulan dah biar bersarang aja blog ni.sangat kurang rajin nak menaip.But let it be.will do it one day.So much memories here.. Hujung Februari tanggal 23 Feb 2015 i lost someone, the most important one in my life.she past away at midnight.Perginya mengadap Allah yang Esa untuk selamanya.Dont want to story more enough with that info.She my Mom, aruah Mak yang tersayang.Pada siapa nak curahkan perasaan hanya Allah yang mengetahui. sehingga kini masih sukar.Redha dan terima Qada dan Qadar Allah.Al-fatihah untuk arwah Mak tersayang,arwah Pak dan Abang dan semua saudara2ku.Doaku semuanya ditempatkan dikalangan orang beriman dan soleh d...

Update sikit..

Assalamualaikum Dear blog, Tahun ni sungguh tiada mood nak berbloging.Nak delete terasa sayang. So bila sedikit mood rajin mai bolehlah nk update sikit2 pasal life aku dan sekeliling aku. Dah 2 bulan rakan sekerja atau Ex officemate aku Flora bertugas di negeri dia Sarawak.Selepas dia pindah balik sana, ada juga la kami berhubung melalui sms dan talifon.Terasa dari suara dia happy kat sana.Mungkin beban yang ditanggung semasa di Poli Perlis sudah tidak terasa lagi kot.Oklah tu,hidup perlu happy dan positif kan Flora..hehe Selepas Flora  pindah,sorang lagi rakan sekerja pindah tapi masih di dalam negeri Perlis cuma tidak sebumbung dengan kami di Poli lagi.Kak Rohana Moktar bertukar tempat kerja setelah dinaikkan pangkat ke S22.Oleh kerana post S22 tak ada kat poli so terpaksa la Kak Ana di tukarkan dan diletakkan di tempat lain.Nasib Kak Ana baik sebab hanya ditukarkan dalam negeri Perlis juga.Sekarang bertugas di tempat baru di kangar.Tak ingat pula nama opisnya..hehe Mul...

It's just a small matter, huh???

Salam, Today my mood is not so good.No motivation at all.As always i come to library,my work place with heavy heart,just simply had to come,not because i love to come.I know this is my  work,i need to be honest.My work is one of ibadah.I'm trying the best to did a good job but sometimes the result is not good enough.On my way to work,the first thing i've done is to set my mind to be more calm and ignore all the negative thing at my work place.I want to settle all my task be given by my boss to me with perfect score. Lately,i feel very lazy and had no sense to come to work.I put the cause of my laziness  to someone in the library.I know i shouldn't blame that person for  my bad attitude.I'm supposed to be honest and be more positive in my daily day,work and social life.To be more accurate,I should behave professional.Do not so easy to give up in whatever problems coming up.Yes,i don't deny,maybe that person contributed 10 percent and more, to what happend at my ...

Coretan dikala ada rasa

Assalamualaikum semua, Apa khabar ?Diharapkan semuanya sihat dan tabah dalam menjalani ibadah puasa dan lain-lain ibadat sunat selain yang wajib.Hari ini dah 15 Ramadan..Dalam sedar dan tidak,kita sudah dipertengahan bulan Ramadan 1435h.Alhamdulillah,semoga kita diberi kesempatan untuk menghabiskan baki puasa kita tahun ini.Insyaallah dengan keizinannya.Lamanya tidak mengemaskini blog.Sudah berbulan lamanya sejak kali terakhir menaip sesuatu disini.Entahlah,mood berbloging pun sudah suam-suam kuku.Tak tahu apa yang hendak dikongsikan. Nak mulakan cerita apa dulu ya.Baiklah nak cerita sikit pasal situasi library Ptss my work place now.Hujung bulan enam yang lalu, kami kehilangan seorang rakan sekerja Flora Lindsay yang tanpa diduga dapat surat untuk bertukar balik ke negeri sendiri Sarawak dan bertugas di Politeknik Mukah.Mungkin sudah rezeki dia.Tanpa jemu minta tukar balik Sarawak setelah 3 tahun lebih bertugas di Perlis. 26/6/2014 adalah h ari terakhir dia kat sini .Sedih san...

Clinic again!!!

Pagi tadi sebab kepala pening sangat so pergi check dekat MA kat asrama.Mula aku ingat sebab angin tapi bila cek darah naik rupanya.Dah setahun aku tak pergi klinik sebab rasa darah dah ok.Sebab tinggi juga la bacaan darah aku hari ini so MA cadang pergi klinik.Adoi,dah lama mana tak p klinik dekat setahun ada la.Aku takut nak makan ubat sebenarnya dan malas juga nak ambik ubat hari2.Kalau boleh aku tak mau bergantung dengan ubat2tan.Tapi memikirkan banyak benda di masa depan..takut juga la. 2 minggu lagi kena pergi semula ambik darah untuk buat pemeriksaan.Nak cek paras kolesterol dll.Lepas tu keputusan kena p te gok bulan 4.12.13.sebelum tu kena check juga darah 2 minggu sekali nurse nak tengok.Dok fikir banyak ni..samada aku nak ambik ubat aja atau nak cuba usaha ubat cara lain dulu.Entahlah,..tengoklah nanti camna,So hari ni got mc 1 hari..tapi mc kira half day sebab balik dri klinik pun dh dekat jam 1.. Esok pergi cameron gan kawan,,semoga semua baik2 sahaja dan kami dalam lin...

Dietkah???

Image
Malam kelmarin masak spageti sebab teringin nak makan.Dah lama juga tak masak spageti ni.tapi makan tak banyak pun.Tak sedap..hahaha Sekarang ni bila masak rasa semua tak sedap.Selalu rasa nak buang balik.perut tak selesa..Dok pening aja,..huhu Spageti ni makan dengan salad.Letak 2 jenis salad,tomato kecik,timun jepun dan buah epal..oklah dari tak ader...konon untuk diet la..ehmm diet la sangat kan..,tapi salad sedap..bagi tuan punya diri la...

9 tahun sudah

Image
Zaman sekarang semua dh canggih.Malahan nak beli barang pun sekarang dah mudah.Tak perlu nak pergi kedai macam dulu.Klik je kat mana2 kedai online yang ada barang yang kita suka semua boleh dapat dihujung jari ja.Dengan teknologi sekarang dari budak kecik sampai dewasa semua pandai guna malahan terlebih pandai dan menyalahguna pula ke arah yang tak baik. Itu bagi yang punya rezeki lebih,tapi bagi orang2 yang kurang mampu mungkin semua ini asing sangat.mungkin juga mereka mampu tapi terpaksa menyalurkan apa yang ada ke arah yang lebih penting.Iyelah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang kata orang.huhu Tiba2 menaip benda macam ini bukan apa, sekilas terlintas dalam kepala otak, aku teringat waktu dulu betapa susahnya nak dapat benda2 macam sekarang.Tablet,ipad dll.Orang lain dah berzaman guna kita masih terkial2 baru nak belajar.Tak apa, rezeki masing2.Apapun aku tetap setia gan telefon yang satu ni.9 tahun sudah berkhidmat.Abang aku yang belikan.Seronok sangat2 bila baru...

Overtime hujung tahun 2013

Hai semua, Ini malam pertama kami dekat Pusat Sumber lanjutkan masa operasi sampai malam hari.Memulakan rutin overtime kami setiap tahun untuk pelajar yang ingin study dekat library sempena peperiksaan yang bakal tiba.Kiranya minggu study week la.Malam ini aku, Kak Ana dan Ila mula bertugas.Tahun ini ikutkan memang susah sikit la nak buat overtime sebab banyak sangat masalah dan halangan.Tapi dengan usaha kami dan Puan kami akhirnya berjaya juga la buka library dan berovertime.Sekurangnya kalau tak boleh claim duit pun boleh claim cuti.Memang aku suka sangat la sebab cuti tahunan aku pun memang sangat nazak.Nak pergi bercuti awal bulan 11 ni, jadinya memang berharap sangat la dapat buat overtime.Kiranya kami pun dapat hasil pelajar2 pun dapat juga.Lagipun pelajar2 sini juga yang dok minta supaya library melanjutkan masa.So jom buat kerja apa yang patut.

Corat Coret Hari Minggu...

Assalamualaikum... Today is Saturday.. No,Its Sunday already..the time is 12:++am now. Wah, what im doing right now..cannot sleep lol.. Not sleepy yet..i think that its penangan Nescafe the pekat one yang aku bancuh tadi. Hahaha..berterabur english aku...Oh My English.. Dah la rojak2kan dengan BM..marah Dewan Bahasa Dan Pustaka..huhu Sebenarnya aku banyak story nak cerita kat sini tapi entahlah..tetiba im blur. Nak karang ayat sedap dibaca pun dah tak tau how to start..Cuti hujung minggu aku sangat2lah bored.. Sangat2 membosankan.Nak mengadap tv pun tak ada moods..nak berfacebook pun aduhai... Tak ada keseronokkan lagi macam dulu..Kat opis pun dah di block..huhu...padan dengan muka.. Satu lagi pasal internet..Adoi,celcom broadband aku ni sangat2 la lembab macam siput sejak bermenjak ini.Sangat2 sakit hati.Kadang2 nak buka tengok cerita online pun berloading aja kejanya..sampai terlelap mata menunggu..Terfikir juga nak terminate nak try ambik yang lain pula.Tapi aku takut...

Kisah masak memasak

Assalamualaikum dan selamat malam... Malam ni terasa rajin pula nak memasak.Ala masak agar-agar je..Mula2 ingat nak buat agar-agar lumut tapi last jadi agar-agar serupa air kopi campur susu daaa..hehe..Ingat nak buat dua lapisan gula merah dibawah, yang lumut hijau di atas tapi malas sangat nak tunggu lapisan bawahnya keras.So buat sajalah macamna pun janji boleh makan.Ingat nak bawa ke opis,untuk makan bersama kawan2.Sorry gambar tak ada,handphone cap ayam je tak ada camera..hehe Tahun ni memang tahun malas aku..hahaha.Malas segalanya2.Memang malas sungguh aku nak masak.hujung minggu pun tak adanya aku nak masak.Maklum sorang2 kan.Kalau lapar sangat aku masak meggie aja.Boleh kata tahun ini banyak membeli nasi bungkus aja.Terukkan aku ni...hihihi.tapi kalau balik kampung aku masak la juga sebab family ada.Takkanlah aku nak suruh mak masak pula ye dak..anak2 dah dewasa so biar la mak rehat kan tapi kalau masakan yang susah mak la tolong.Tolong ajarkan dan kadang2 tolong buat yang b...

Luahan untuk diri sendiri,ape2 jea.....

Salam semua, Malam ni aku terasa nak update blog.Esok ingat nak balik kampung.Cuti wesak sampai hari Ahad.Rindu sangat dekat mak di kampung.Kalau boleh hari2 nak balik tapi tak mungkinlah bagi aku yang tidak punya apa2 ni..Kalau hari2 balik kopak la.Mana nak cari duit tambang.maklum aku ni naik kenderaan awam aje.Tambang pergi dan balik pun dah 5o ringgit.Bayangkan kalau hari2 aku balik..fuhh.,Padan la dengan muka aku kan..Ramai member suruh aku pergi ambil lesen kereta,.Bila dah ada lesen senanglah sikit..Boleh beli kereta..Ala, beli yang secondhand pun tak apa..Janji elok dan boleh guna untuk jalan jauh..So nak balik pun senang sikit.Tak perlu buang masa tunggu bas ke apa...Tapi disitulah kelemahan aku yang paling tak dapat nak buat apa2..Aku tak ada keberanian...InShaAllah..Mungkin akan tiba masanya nanti..Teruslah menekan aku yea kawan2 sampai aku naik tension dan stress..Mana tahu dah bosan akhirnya aku ambik juga lesen nanti.hehehe Sebenarnya jauh di sudut hati aku ni memang...

Buat entry baru sebab mata tak mau lelap,ada2 je la kan....

As-Salam, Aku dan kawan sepejabat baru pulang dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim petang khamis 16/5/2013 setelah selesai berkursus selama dua hari disana.Kami tinggal di rumah penginapan Politeknik.Ala2 hotel juga la,lengkap dengan segala barang keperluan yang diperlukan cuma airnya masalah sikit.Nak kata tak ada,ada cuma tak berapa nak laju dan kuat.Bolehlah nak mandi cuma macam kami berdua yang pergi kursus ni memang kaki mandi lama2.suka memerap main air dalam bilik mandi..hahaha..so kalau air banyak pun lama, bayangkan kalau air tak berapa nak ada.lagilah lama memerap di dalam bilik air itu.hahaha.Tapi yang tu tak kisah.Pandai2lah nak hidupkan..Kursus macam biasa,mendengar celoteh penceramah,mata pun tak biasa ditahan..asyik nak tertutup aje.Cuba bertahan selagi mampu tapi macam lali juga la..masuk tak masuk apa yang dia ajar..So time suruh buat latihan barulah terjegil biji mata kelam kabut tanya orang sana sini.nasib la kebanyakan yang pergi kursus tu lebih kurang j...

Masalah:Iklan yang datang entah dari mana,iklan yang entah apa2 pula tu...

Image
Nak minta jasa baik semua yang terview atau tak sengaja membelek blog saya ni.. Korang ada masalah macam ni tak, tiba2 blog korang ada dtempek iklan2 yang entah dari mana datangnya.Kadang2 iklan tu macam dalam gambar kat atas tu, kadang2 iklan tu lebih besar dan panjang saiznya hingga menutupi post atau entry saya..Oleh sebab saya selalu melawat blog orang saya tahulah rasanya.Memang angin,berasap nak marah jea la bila buka sesuatu blog tu timbul papan iklan macam tu menutupi post sampai nak baca pun tak boleh..Dah tu kadang2 nak delete iklan tu tak ada plak butang pangkahnya...Geram la.. Saya kurang arif sikit pasal semua ni..kalau boleh tak mahulah blog saya ni dihinggapi papan iklan yang mengganggu orang nak baca post di blog kita..kalau iklan nuffang x apalah sebab kita yang letak.Letak tempat yang tidak mengganggu post atau entry...Nak buang macammana ya iklan tu..saya pun tak tahu tiba2 aje muncul... Please help me... Emas Delima