Posts

Showing posts with the label ilmu agama

10 malam terakhir Ramadan dan Lailatulqadar serta tanda2nya....

Kita sekarang sudah berada dalam 10 malam terakhir Ramadan tahun 1433 hijriah dan  ketika saya mencoret semua ini hanya tinggal lebih kurang dalam 5 ke 6 hari saja lagi (kalau tidak silap)  kita berada  dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini   dimana di 10 malam terakhir ramadan Allah telah menjanjikan satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan dimana  Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan  ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah ra berkata; “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan,  baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun  beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri)  isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada malam 10 terakhir ada satu malam  yang dinamakan lailatulqadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang   banyak). Pada malam ini dituru...

Perbetulkan apa yang salah....

Image
Salam...semoga hampa semua dalam keadaan sihat hendaknya dan dalam lindungan Allah Taala selalu...malam nie saya cuma nak kongsikn sedikit ilmu yang saya baca...sama2 kita perbaiki apa yang kurang dalam solat kita selama ini...insyaallah NAMA SYAITAN dalam SURAH AL-FATIHAH Semoga boleh dimanfaatkan, Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. 1 ) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH 2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 3) KIYYAU ( bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU 4 ) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK 5 ) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS 6 ) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA Iya bermaks...