Posts

Showing posts with the label virus

Virus Zika

KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KES VIRUS ZIKA PERTAMA DI MALAYSIA 1 SEPTEMBER 2016 Pada 29 Ogos 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pengumuman agar pelawat yang telah menziarahi negara-negara yang melaporkan kes Zika dan mengalami simptom jangkitan ini untuk tampil membuat pemeriksaan lanjut.  Berikutan daripada itu, KKM telah menerima laporan satu kes yang disyaki dijangkiti virus Zika pada 31 Ogos 2016. Pesakit merupakan seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor dan merupakan ibu kepada pesakit yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura. Pesakit bersama suaminya telah melawat anaknya di Singapura pada 19 Ogos 2016 dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos 2016. Pesakit mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos 2016, pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang. Memandangkan pesakit mempunyai sejarah melawat ke Singapura dan anak perempuannya yang berada di negara tersebut te...