Bas & chinese woman

Salam,

Masuk hari ni dah 3 hari saya lepak kat kampung tercinta..
teringat pula kisah pagi isnin lepas masa dok menunggu bas nak balik tu.
meh nak story..

Seawal jam 8 pagi selepas member sepejabat thumprint nak masuk kerja..dia hantar saya ke stesyen bas dulu..minta tolong dia kejap..thank u kak Nur hantar saya..Kira2 jam 8 suku gitu2..saya sampai stesyen bas Kira bertapa lama juga la kat situ menunggu bas yang tak nampak batang hidung..(bas pun ada batang hidung ke..hehehe).Dah la dengan tak makan apa pun pagi tu asyik meneguk air kosong je..kembung perut jadinya..Nak beli roti, kedai kat stesyen tu pun tak buka lagi...ish..dorang ni kan, kalau la buka kedai tu awai...kan rezeki tu..suka sangat buka lewat kan...

Dalam sejam macam tu, tunggu punya tunggu sampai kematu ______ barulah nampak bebayang bas..Masa tu kat tempat saya menunggu tu ada dua orang chinese woman dok menunggu dorang  punya adik datang ambil..Dorang baru balik dari JB kalau tak silap..
Masa tu kedai dah buka cuma makcik tuan punya kedai tu still dok tolak2 troli roti dan kerepek nak letak kt luar..ketika bas mai tu saya tengah dok membelek buku dan majalah kat kedai makcik tu..boring sangat2 tak tau nak habaq..ingat nak beli la..Masa dok membelek tu la bas mai dan apalagi..serbu tak hingat la..Kira ramai juga la yang pakat dok lari2 anak nak naik bas...Masa tu memang tak fikir apa dah kira nak naik je...berjanggut tunggu tau..Jarak bas berhenti gan tempat saya dok menunggu tu jauh juga la..bas tu pun dah pusing balik siap2 ikut jalan yang dorang lalu tadi..kira dah stanby nak jalan lepas semua penumpang naik..jadi papan tanda yang tulis laluan yang dorang nak lalu tu tak nampak..waktu tu blank otak kosong tak sempat nak fikir apa dah...mungkin lapo kot...hehehe..
    ------------------------------------------------------------------------------------------
Baru nak lari hegeh2 kejar bas akak2 amoi tu panggil saya...
"hang nak p aloq setar kan.."akak Amoi yang pertama tegur saya dengan pelat chinese dia la..
"yer.." sambil saya angguk kepala.
"Itu bas dia pergi UUM dulu...nanti dia patah balik masuk sini baru pergi Alor Setar.."
"Ya ka,,,"
"Iyala...tadi saya nampak dia punya papan tanda tulis itu UUM..."akak Amoi kedua pula cakap.
"O..betoi ka..oklah..."
saya pun dah dorang cakap begitu tak jadilah  nak kejaq bas tu...Buat apa nak g sampai UUM rugi duit nanti dorang patah balik juga...
Tetiba ada seorang adik ni mai dan cakap...mungkin dia terdengar kot kami dok sembang..
"la, bas tu memang p Aloq Setar...depa mai dari UUM la tu...selalu kalau depa nak p UUM bas tu masuk ikut laluan situ...Bila depa patah balik nak p Alor Setar depa masuk ikut situ..."
sambil tangan dia dok tunjuk arah2 laluan bas..
   -----------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas je adik tu cakap gitu...barulah saya teringat...Masa tu bas dah keluar dari stesyen dah pun..Ya Allah punya lah biasa sangat dok tunggu bas...saya boleh tak terfikir tadi...Adoi melepas...Akak2 amoi tu semua diam ja...senyum2 ja la..cakap apa pun dak..depa rasa apa tak tahulah...Nak salahkan depa pun depa bukan sengaja...Ye la..kalau saya pergi kat bas tu tadi dan tanya dulu..mesti dah sampai Alor Setar...sebab keputusan semua atas  saya..Salah sendiri juga sebab tak pergi tanya..Tak apalah tak dak rezeki waktu tu...So tunggulah pulak dalam sejam lebih barulah bas mai pula...Terkontang kanting sorang2 kat situ..Akak2 amoi tu pun dah balik..hehehe


hasil menunggu bas...3 sekali harung...kopak duit cheq..huhu


Nasib la sampai je umah ada pengubat letih,penat dan angin2 marah nak bebal je rasa masa tunggu bas tu..
Tu kat bawah...my peberet food
Laksa kuah lemak...
marbelesssss.........


Love,
Emas Delima

Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan