My Tabung

Buy present Online

Monday, December 3, 2012

suka2 hati nak tulis & kg

Salam,

Sepatutnya aku dari semalam lagi (ahad) dah balik dan insyaallah dengan izin Allah sampai kat kampung dan pastinya sekarang bersembang merapu meraban dengan mak pasal macam2 benda.Selalunya pasal anak2 dia la..Tapi alkisahnya now aku masih terperuk di kauters lagi.Bercadang nak menyelesaikan segala benda yang patut aku selesaikan dalam rumah ni pada hari sabtu sebelum aku balik bercuti..Tapi tak sempat pula..ada kerja lain menanti..Dah tu hujan pulak menyukarkan lagi kerja aku yang siap hanya separuh.Peluang semua kerja aku selesai hanya muncul pada hari ahad bersama dengan mentari yang cukup indah dan finally aku akan bertolak balik ke kampung pagi senayan..alhamdulilah ...

Tak mengapalah balik pagi senayan pun janji aku balik juga..Cuti kan masih banyak..lagipun nanti hujung bulan bercuti lagi aku selama seminggu..Dan esok maka bermulalah acara menunggu driver aku yang membawa penumpang seramai yang mungkin dengan kenderaan panjangnya yang berwarna merah itu...hehe..apa lagi tunggu bas le..Acara wajib tiap kali balik kampung..Padan muka aku...Tu la..suruh belajar kereta ambik lesen kan mudah...ni dah ada lesen Lembu pun boleh terbang.Kalau sempat ligan tak apa la juga..ni terbang jauh sampaikan aku kena ulang balik step dari A - Z untuk dapatkan semula lesen yang sah disisi undang2...ehmmm

Tak apalah...dah biasa bersusah payah..ada lagi yang susah pada aku..


Love
Emas Delima

No comments: