My Tabung

Buy present Online

Friday, May 24, 2013

Luahan untuk diri sendiri,ape2 jea.....

Salam semua,

Malam ni aku terasa nak update blog.Esok ingat nak balik kampung.Cuti wesak sampai hari Ahad.Rindu sangat dekat mak di kampung.Kalau boleh hari2 nak balik tapi tak mungkinlah bagi aku yang tidak punya apa2 ni..Kalau hari2 balik kopak la.Mana nak cari duit tambang.maklum aku ni naik kenderaan awam aje.Tambang pergi dan balik pun dah 5o ringgit.Bayangkan kalau hari2 aku balik..fuhh.,Padan la dengan muka aku kan..Ramai member suruh aku pergi ambil lesen kereta,.Bila dah ada lesen senanglah sikit..Boleh beli kereta..Ala, beli yang secondhand pun tak apa..Janji elok dan boleh guna untuk jalan jauh..So nak balik pun senang sikit.Tak perlu buang masa tunggu bas ke apa...Tapi disitulah kelemahan aku yang paling tak dapat nak buat apa2..Aku tak ada keberanian...InShaAllah..Mungkin akan tiba masanya nanti..Teruslah menekan aku yea kawan2 sampai aku naik tension dan stress..Mana tahu dah bosan akhirnya aku ambik juga lesen nanti.hehehe

Sebenarnya jauh di sudut hati aku ni memang ada juga la rasa jeles dengan kawan2 yang bagi aku punya segalanya.Biasalah manusia mana pernah puas dengan apa yang ada..Tapi jeles aku tak ada la sampai ke arah negatif..Cuma aku mengamati kekurangan diri sendiri aja..kenapa aku tidak boleh seperti mereka..Mereka juga mungkin ada kekurangan dari segi lain yang aku tak tahu,tapi bila melihat mereka yang ada apa yang aku tak ada.,rasa sedih juga la..Mungkin mereka pandai mencorakkan kehidupan mereka dengan baik,merancang dan cuba memenuhi apa yang mereka inginkan dalam hidup dengan berusaha lebih dari orang lain.dan aku tidak seperti itu.hanya sekadar mengikut atau berpuas hati dengan apa yang aku ada walaupun aku merasakan aku juga mampu untuk menjadi seperti mereka jika aku inginkannya dengan sedikit berusaha.Tapi itulah aku,kekurangan yang ada pada aku..self confident yang sangatlah low.Aku cuba mengikis semua itu dengan cuba menonjolkan diri dengan cara aku sendiri tapi alangkah sedihnya hidup aku ni yang memang tak mampu nak menjadi seyakin orang lain tentang diri sendiri..Aku sentiasa membandingkan diri ini dengan orang lain yang  lebih padahal aku sendiri tahu tak semua yang nampak indah di mata kita indah juga di dalamnya...mungkin ada lagi banyak kelemahan yang kita tak tahu...

Tak apalah, aku terima kekurangan aku..dan aku mengharapkan orang2 sekeliling aku juga menerima kekurangan ini..Sehingga berjumpa lagi...

ps/ Update sambil layan lagu 90an kesukaan aku...Dengan lutut yang sakit, menjadi2 pulak sekarang..hadoi


No comments: