Kehilangan
Al-Fatihah.... Ketentuan Allah sudah sampai petang semalam.. Jumaat 4 januari 2013 anak saudaraku telah kembali ke rahmatullah setelah hampir 3 minggu berjuang dengan kesakitan dan semangat untuk kembali sembuh seperti sediakala..Tapi takdir Tuhan sampai akhirnya...Dari Dia kita datang kepadaNYA juga kita dikembalikan...Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan soleh serta dipermudahkan perjalanannya di alam sana... Arwah anak lelaki sulung dalam keluarganya...anak kepada abangku yang no 7 dalam keluarga kami...Kesedihan tu tetap ada, pasti ada kerana kehilangan insan2 yang tersayang apatah lagi yg rapat dalam kehidupan kita..kehilangan yang bukan sementara tapi untuk selamanya..aku memahami kesedihan abang dan keluarga...ada hikmah dan rahmat dalam ketentuanNYA...sukar menerima kehilangan di awal pemergian kerana sudah terbiasa mendengar suaranya...melihat raut mukanya...mendengar telatahnya dan sebagainya yang boleh mengingatkan kita kepada yang pergi..Terasa kosong...