Posts

Showing posts from May, 2013

Luahan untuk diri sendiri,ape2 jea.....

Salam semua, Malam ni aku terasa nak update blog.Esok ingat nak balik kampung.Cuti wesak sampai hari Ahad.Rindu sangat dekat mak di kampung.Kalau boleh hari2 nak balik tapi tak mungkinlah bagi aku yang tidak punya apa2 ni..Kalau hari2 balik kopak la.Mana nak cari duit tambang.maklum aku ni naik kenderaan awam aje.Tambang pergi dan balik pun dah 5o ringgit.Bayangkan kalau hari2 aku balik..fuhh.,Padan la dengan muka aku kan..Ramai member suruh aku pergi ambil lesen kereta,.Bila dah ada lesen senanglah sikit..Boleh beli kereta..Ala, beli yang secondhand pun tak apa..Janji elok dan boleh guna untuk jalan jauh..So nak balik pun senang sikit.Tak perlu buang masa tunggu bas ke apa...Tapi disitulah kelemahan aku yang paling tak dapat nak buat apa2..Aku tak ada keberanian...InShaAllah..Mungkin akan tiba masanya nanti..Teruslah menekan aku yea kawan2 sampai aku naik tension dan stress..Mana tahu dah bosan akhirnya aku ambik juga lesen nanti.hehehe Sebenarnya jauh di sudut hati aku ni memang...

Buat entry baru sebab mata tak mau lelap,ada2 je la kan....

As-Salam, Aku dan kawan sepejabat baru pulang dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim petang khamis 16/5/2013 setelah selesai berkursus selama dua hari disana.Kami tinggal di rumah penginapan Politeknik.Ala2 hotel juga la,lengkap dengan segala barang keperluan yang diperlukan cuma airnya masalah sikit.Nak kata tak ada,ada cuma tak berapa nak laju dan kuat.Bolehlah nak mandi cuma macam kami berdua yang pergi kursus ni memang kaki mandi lama2.suka memerap main air dalam bilik mandi..hahaha..so kalau air banyak pun lama, bayangkan kalau air tak berapa nak ada.lagilah lama memerap di dalam bilik air itu.hahaha.Tapi yang tu tak kisah.Pandai2lah nak hidupkan..Kursus macam biasa,mendengar celoteh penceramah,mata pun tak biasa ditahan..asyik nak tertutup aje.Cuba bertahan selagi mampu tapi macam lali juga la..masuk tak masuk apa yang dia ajar..So time suruh buat latihan barulah terjegil biji mata kelam kabut tanya orang sana sini.nasib la kebanyakan yang pergi kursus tu lebih kurang j...