Ramadan ke 7
Assalamualaikum dan selamat pagi.. Hari ni masuk hari ke 7 puasa. Alhamdulillah masih berjaya mengharunggi ibadah puasa ini. Mungkin sedikit kekurangan dari segi lain dan puasa pun entah bagaimana diterima Allah ke tidak atau sekadar puasa yang sekadar menahan lapar dan dahaga... Entahlah hanya Dia yang berkuasa Mengetahui segalanya.. Dan diterima Allah s.w.t hendaknya. Puasa tahun ni alhamdulillah tidaklah terlalu lemah dan letih. Mungkin juga kerana keadaan cuaca yang sedikit dingin dan tidak terlalu panas. Syukur alhamdulillah. Sedikit sibuk dengan pelajar2 yang datang ke Pusat Sumber. Tapi masih mampu di handle..(opss sorry atas penggunaan bahasa rojak..hehehe) Buku yang bertaburan diatas meja..berselerak dan lari kedudukan di rak yang betul tak perlu nak diceritakan memang dah sedia maklum dan semulajadi...hehehe Tahun ni ada sedikit perbezaan... maksudnya dari segi berbuka dan bersahur... Entahlah sedikit fobia untuk menelan sebarang makanan seperti dulu. kala...