Ramadan ke 7
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Hari ni masuk hari ke 7 puasa.
Alhamdulillah masih berjaya mengharunggi ibadah puasa ini.
Mungkin sedikit kekurangan dari segi lain dan puasa pun entah bagaimana diterima Allah ke tidak atau sekadar puasa yang sekadar menahan lapar dan dahaga...
Entahlah hanya Dia yang berkuasa Mengetahui segalanya..
Dan diterima Allah s.w.t hendaknya.
Puasa tahun ni alhamdulillah tidaklah terlalu lemah dan letih.
Mungkin juga kerana keadaan cuaca yang sedikit dingin dan tidak terlalu panas.
Syukur alhamdulillah.
Sedikit sibuk dengan pelajar2 yang datang ke Pusat Sumber.
Tapi masih mampu di handle..(opss sorry atas penggunaan bahasa rojak..hehehe)
Buku yang bertaburan diatas meja..berselerak dan lari kedudukan di rak yang betul tak perlu nak diceritakan
memang dah sedia maklum dan semulajadi...hehehe
Tahun ni ada sedikit perbezaan...
maksudnya dari segi berbuka dan bersahur...
Entahlah sedikit fobia untuk menelan sebarang makanan seperti dulu.
kalau ke bazar ramadan dulu...wah, macam2 nak beli tapi sekarang sudah mampu sedikit menahan diri... hanya sekadar membeli air dan sedikit kueh...
Bukan sebab apa...perlu menjaga kesihatan yang sedikit terabai selama ini.
Hanya bila penyakit menghampiri barulah terasa kesukaran nak lalui tapi mohon semoga dipermudahkan.
sekarang dah jarang sikit nak makan nasi dan kurangkan pengambilan makanan berminyak.
makan yang rebus,kukus...harap2 dapat bertahan...Mula2 memang sedikit susah tapi bak kata pepatah
"alah bisa tegal biasa"
dan harap sangat usaha ini mampu membantu diri..apapun segalanya bergantungan hanya pada Dia jua..
bukan senang nak buang apa yang dah kita buat selama bertahun2...huhu
Dah 7 hari Ramadan namun belum berkesempatan pulang ke kampung untuk berpuasa, berbuka dan bersahur bersama mak dan keluarga...insyaallah minggu ni boleh kot balik...tapi dugaan juga di kg...biasalah kan...mak tentu masak macam2...lagipun air tangan mak..telur goreng dan sambal belacan pun boleh tambah berpinggan pingan...huhu...dugaan...bertahanlah hendaknya...
semoga berjumpa lagi..
Emas Delima

Comments