Borak2 kosong

Assalamualaikum ....
Good Morning .....
Pagi sudah...

Malam tadi aku buat kerja lebih masa di library untuk student study..overtime kata omputih .......
student kan dalam mood ezam sekarang...so buka la library lebih masa sikit untuk dorang melepas tension dan memerah otak dorang untuk kali terakhir...study habis-habisan la kata orang...Jangan pecah kepala sudah..Tapi tak pe..sebab habis exam, cuti semester pula dalam 2 bulan...Wah bestnya...Teringat masa sekolah dulu kan..kalau time nak cuti sekolah tu...sengih je memanjang....cup2..ye ke menyengih,entahlah lupa dah...haha...haru biru betul...eh tak,nak haru hijau pula la ni..boleh ke??? hihihi
Hek Eleh,kerja sekarang pun asyik bercuti je aku..tu pun nak jeles meles gan student ka..cuti pun sebabnya sakit2 seMalaysia...:-p

"study smart,not study hard ye adik2 ku.."
_______________________________________________________________________________

Oleh sebab member2 library ada hal masing2 jadinya aku sorang diri sajalah bertugas malam ini..Eh bukan, bos aku pun turun padang berovertime bersama aku kat library..temankan aku yang keseorangan ini...hehehe...Hanya kami berdua sahaja malam ni..ditemani penggguna2 library yang setia berkunjung walau hanya beberapa kerat saja..Jadilah daripada tak ada langsung kan...sepanjang masa aku duduk kat kaunter jer...ber'mukabuku' dimana hampir semua status manusia dan page pasal pilihanraya dan politik...binar mata aku membeleknya...hahaha
Bos pun sama juga..berdua pun nak buka topik sembang pun tak tahu..memang jenis tak banyak bercakap pun aku ni..wek2..ada yang termuntah ke???
Bila dah bosan belek2 status orang aku main games pula plants vs zombie, ada orang cakap game tu dah almarhum dah..tapi aku dok main lagi..biorlah..aku memang kuno sikit..apa orang cakap,old pesyen..hahaha...tak cukup itu aku main pula games dalam 'mukabuku'.Best juga rupanya games facebook ni..Dulu pantang aku orang request suh folow atau join game yang dorang dok main dalam facebook tu..sebab aku rasa buang masa sangat dan memang aku tak reti nak main..selalunya kalau bosan aku suka blogwalking ja..tak tahu berjangkit dari mana la dah start suka main benda ni..main depan my bos pula tu..teruk2..huhu 
:-p
_______________________________________________________________________________

Sebelum aku main game tadi aku sempat juga blogwalking dulu..terjah blog orang yang ada enrty menarik untuk dibaca , sekadar menambah pengetahuan am aku yang kosong...kosong..kosong...hahaha...najwa latip mai pula..
Tadi tak sengaja terbaca kisah penjara Pudu yang dah dirobohkan untuk pembangunan..Korang google la na..best juga kisah disebalik penjara Pudu tu...kisah3 disebalik jeriji besi pasal banduan akhir...seram pun ada..insaf pun ada...pendek kata semua ada la..lepas tu baca luahan dan komen yang pembaca tulis terasa betul juga..kenapalah dirobohkan bangunan yang bersejarah mcm tu kan...walaupun penjara tapi bangunan tu memang sangat2 lama..memang rasa sayang sangat2 la..Bukan apa,kat negara luar bangunan lama tu tak dak pula depa nak robohkan malah dijaga, dibaiki dan dijadikan tumpuan pelancong sebagai tempat bersejarah...contohnya mcam Korea...Korea lagi tak ada negara lain ke ko nak bg contoh ni..tak la ni bukan pasal k-pop ke,drama dorang ke..tapi cuba tengok tempat dorang..cuba korang perhatikan dalam drama atau rancangan realiti dorang..macam rancangan realiti dorang yang aku suka tengok tu 2 days 1 night (best tau,lawak dan entah aku pun tak reti nak describe camna)...Rancangan tu banyak memaparkan dorang berkunjung ke banyak tempat tinggalan sejarah macam bangunan2 lama zaman dulu yang masih cantik dan menjadi tarikan pelancong untuk menyelesaikan misi yang diberi pada dorang...(nanti aku buat entry lain untuk rancangan peberet aku tu..)
kenapalah kita tak boleh contohi benda yang bagus dan baik macam tu..Ni tak benda yang tak patut2 pula nak ikut...opppsss...sendiri makan pengat sendiri mau ingat..hihihi
Pendapat aku sajalah kan....Tapi mungkin ada sebab2 lain yang kita tak tahu yang buatkan pihak bertanggungjawab terpaksa juga merobohkan Penjara Pudu tu...lagipun cakap pun dah tak guna kan...Penjara Pudu hanya tinggal sejarah atas nama sahaja..Mungkin boleh baca dan tengok gambar tapi nak tengok real memang dah tak ada la kan...welll...life must go on...hihi
_______________________________________________________________________________
Mengantuk dah,sebab memang penat sesangat dengan demam,selsema yang lega baru sikit2..tak sepenuhnya..tambah lagi balik overtime tadi kena hujan pula..tambah balik la yang lega sikit2 tu..tapi syukurlah hanya demam biasa..kalau nak banding dengan mereka yang jauh lebih besar dugaan dan ujiannya...so sakit sikit2 ni...tak perlu nak merungut sangat la kan...

stop dulu , kita continue bila mood nak menulis kembali lagi....
Emas Delima


Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan