Coretan dikala ada rasa
Assalamualaikum semua,
Apa khabar ?Diharapkan semuanya sihat dan tabah dalam menjalani ibadah puasa dan lain-lain ibadat sunat selain yang wajib.Hari ini dah 15 Ramadan..Dalam sedar dan tidak,kita sudah dipertengahan bulan Ramadan 1435h.Alhamdulillah,semoga kita diberi kesempatan untuk menghabiskan baki puasa kita tahun ini.Insyaallah dengan keizinannya.Lamanya tidak mengemaskini blog.Sudah berbulan lamanya sejak kali terakhir menaip sesuatu disini.Entahlah,mood berbloging pun sudah suam-suam kuku.Tak tahu apa yang hendak dikongsikan.
Nak mulakan cerita apa dulu ya.Baiklah nak cerita sikit pasal situasi library Ptss my work place now.Hujung bulan enam yang lalu, kami kehilangan seorang rakan sekerja Flora Lindsay yang tanpa diduga dapat surat untuk bertukar balik ke negeri sendiri Sarawak dan bertugas di Politeknik Mukah.Mungkin sudah rezeki dia.Tanpa jemu minta tukar balik Sarawak setelah 3 tahun lebih bertugas di Perlis.26/6/2014 adalah hari terakhir dia kat sini .Sedih sangat hati sebab dah lama bersama,dah faham sikap masing-masing tapi apa nak buat setiap pertemuan ada perpisahan.Dari awal dia masuk lagi pun memang tahu satu hari dia akan balik sana juga sebab keluarga dia ada disana.Ada suami dan anak menunggu.Kalau bujang tu mungkin tak kalut sangat kot nak balik.Yang buat rasa sedih sangat tu bukannya apa,sebab lama dah bersama tu yang terasa sangat.lagipun duduk kuarters blok yang sama cuma rumah aje asing.Pergi mana pun dengan dia,balik kerja pun pergi rumah dia menyembang.So rasa rapat sangat tu yang buat hati sangat sedih.Tiga tahun dia disini,segala pahit manis dilalui bersama dan lagipun dah namanya manusia ada hati dan perasaan kan.Apapun still happy untuk dia sebab tak perlu jauh dengan family,suami dan anak-anak lagi.
Kami dapat penganti Flora pada 23/6/2014.Atas sebab kena menguruskan hal-hal perpindahan,Flora terpaksa tangguh untuk lapor diri tempat baru seminggu.So,sempatlah kenal dengan staf baru yang ganti tempat dia dan ajar kerja yang dia tinggalkan.Staf baru tu Kak Zafilah namanya.Dah berkeluarga, anak pun dah tiga orang tapi maintain kurus bak kata Kak Ana macam model,dengan tingginya,sopan bila berbicara tak macam kami semua..ala-ala sopan macam Kak Ana jugak.hehehe.
Bercakap pasal Kak Ana pulak,rasanya tak lama lagi kami akan kehilangan dia juga.Dia pun khabarnya dapat surat untuk berpindah tempat kerja sebab dinaikkan pangkat jadi s22.Dengarnya begitulah sebab ada orang dari PNM telefon khabarkan berita tu.Terkejut Kak Ana bila dapat tahu kena pindah tempat kerja.Kami pun sama terkejut.macam tak percaya.Nasib baiklah bukan diluar Perlis hanya di Kangar saja kalau tidak susah juga kot sebab suami dan anak-anak dia duduk disini.Sekarang ini,kami hanya tunggu surat Kak Ana sampai aja,tapi dalam hati tu berharap juga Kak Ana tak jadi dipindahkan.Dah la Flora pun dah pindah,ini Kak Ana pula.Sedih sungguh.
Apapun ini adalah pusingan kehidupan yang memang tidak mampu kita nak jangkakan.setiap pertemuan ada perpisahan samada pisah hidup atau pun dipanggil Tuhan dalam erti kata kematian.Kena redha dan terima kerana ini adaalah Qada dan Qadarnya.Ehmm,apa lagi nak cerita ya..cukuplah kot buat masa la.ok bye
ps: Gaza dibedil lagi,di bulan mulia ini oleh Israel Zionis.kebanyakan yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita.Mungkin kita tidak mampu untuk pergi berperang bersama-sama tapi kita mampu untuk berdoa.Doalah untuk saudara-saudara seagama kita yang sedang diperanggi musuh durjana tidak kiralah dimana sahaja.Insyaallah,janji Allah itu pasti,satu hari kemenangan akan menjadi milik Islam.
#pray4Gaza Syria Burma dan setiap inci bumi Allah dimana islam berada.
Comments