Today Lunch Menu
Im happy..rasa lama tak masak asyik beli aja kalau hari minggu. Maklum hidup single.kafe pula dekat so baik beli je senang. Tapi sekali sekala nak juga makan masakan sendiri walau yang simple mimple kan. So here im.
Syukur kerana masih dikurniakan rasa nikmat untuk makan.
Untuk menu hari ini masak biasa aja.
Masak apa yang berbaki di dapur.
Buat sup sayur cendawan enoki campur dengan sayur sawi cina dan anak jagung.Tak ada letak isi ayam atau apa2 haiwan lain cuma tumis bawang putih dan merah lepas tu masuk air.letak sikit kiub ayam untuk rasa dan masukkan sayur mayur sampai mendidih. Masuk sedikit perasa ajishio lada hitam dan lada sulah.tutup api siap.
Lauk sardin tu lebihan masak semalam.Banyak lagi berbaki so just panaskan dan sambung makan😁
Pastu yg hijau tu pegaga kakak satu pejabat bagi.buat ulam. Awet muda sentiasa. Haha. Perasan.
And last telur dadar pastu tembikai potong kecik buat makan dengan nasi. Ingat nak buat kerabu tapi cabai tak ada pula. So makan macam tu aja la.
Apapun sedap.
Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.
Tq sudi baca. Bye. Jumpa lagi.
Comments