Susah betul nak tidur 😴

Hi semua,
Sejak umur semakin meningkat ni susah sangat nak dapat tidur yang berkualiti. Asyik terlelap dengan berjayanya bila waktu nak dekat subuh. Habis bilanya kau mampu nak bangun buat solat tengah malam qiamullai dan apa2 solat sunat.
Puas dipejamkan mata tapi tak mahu juga terlelap. Macam2 cara cuba buat tapi mata tetap segar bugar mengadap. Apalagi mengadap benda ni la. Teknologi manusia yang jika tidak dikawal ia pulak akan mengawal dan menguasai hidup kita.
So kadang2 stress and tak cukup tidur ke esokkannya.so bila tak cukup tido asyik menguap mulut terbuka tergangga sampai lalat terbang masuk buat sarang dalamnya. Haha.
Kerja pun akan terlibat sama. So jadilah ponteng kerja, el dan sebagainya. Sebab tak cukup tido kepala pun biol. Pening memusing macam gasing dan kipas atas syiling berpusing2.
Entah apa cara nak bagi tidur lena dan dapat lena yang betul ada kualitinya.
Ada cara tak?
Sila share kalau ada.apa ampa buat untuk dapat tidur yang lena yg sebenarnya. Puas golek sana sini.
Macam2 faktor menyumbang.
Salah satu cuaca sini mmg sangat la panas. 2 kipas atas bawah tetap tak cukup.Hangat dan berkuap oii.
40c kalau ampa nak tau.
Apa? Air-con? Ehmm tak kot. Cukuplah apa yang ada. Tak mampu. Lagipun tak mahu la terasa terlebih selesa pula sampai nak bangun pun susah. 
Kalau kat kampung mudah pula lenanya. Haha. Kampung tetap istimewa. Pagi2 kedengaran bunyian2 unggas di rimba walaupun kawasan sekitar rumah tak la hutan rimba belantara tapi keliling hutan juga la.
Sejuk terasa sampi tulang putih. Tulang warna putih kan. So ai habaq la putih bukan tulang hitam.
Kat kampung mandi air kolah. Terketar2 beb. Dulu lagi best masa ada telaga..fuh jerang air panas tambah bagi suam. Indahnya dulu2. Tapi nak menyesal tak guna dah. Masa berlalu tak mungkin dapat dikejar kembali. Seribu penyesalan tiada guna apalagi kalau mak bapak pun dah tiada. 
Oklah rasa nak tidur dah.
Tq baca cerita kita. Jumpa lagi. 

Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan