Ramadan 2021
Assalamualaikum semua.
Terlalu lama tidak menjengah pintu rumah ni. Jangan kan kata bersawang, kayu rumah pun sikit dah dimakan anai2. hehe
Gitu perumpamaan. Haha
Maaf kerana mengabaikan rumah ini.
Terlalu asyik dengan rumah baru yang lebih moden dan terkini. Lebih banyak melepak di twitter dan instagram. Blog semakin kesepian. Begitulah kitaran kehidupan. Yang lama di tinggalkan, yang baru diteroka sehingga tiba masanya disisihkan sama seperti blog yang bersawang.Yang ada kerajinan mungkin masih mengekalkan penulisan. Aku suka menulis karangan panjang tapi masa ku dihabiskan ke lain kegiatan.
Lupakan la. Aku rasa bersemangat secara tiba-tiba untuk menulis kembali disini. Akan ku cuba membahagikan masa yang terbuang utk mencoretkan sebarang aktiviti atau rasa dan keingginan terpendam disini. Mungkin yang biasa saja perkongsian kerana untuk berkongsi secara teliti tentang rahsia diri sukar untuk dilakukan.Itu seolah menempah masalah sendiri. Haha
Hari ni 1 Ramadan 2021.Sudah 2 tahun sejak kali terakhir aku masuk kesini.
Ketika negara dan dunia sedang sibuk dengan virus covid19 tidak pula aku berkongsi apa2 mengenainya walaupun ketika itu aku punya waktu kerana bekerja dari rumah disebabkan PKP yang diarahkan kerajaan. Tak mengapalah setiap kejadian ada hikmahnya tersendiri. Sehingga kini covid 19 masih lagi bermaharajalela.Kes turun naik dan naik setiap masa bkn saja di Malaysia tapi seluruh dunia.
Entah bila kita akan kembali ke norma hidup yang biasa. Sekarang pemakaian pelitup muka adalah wajib utk semua. Kalau tak siap la duit salah sikit kena saman. Huhu.
Apapun terima kasih kepada yang masih sudi menjengguk dan membaca coretan kita.
Sebelum mengundur diri, Selamat berpuasa untuk semua. Raya tahun ni kemungkinan tempat sama mcm tahun lepas sb tak boleh rentas negeri nak balik kampung. Nasib la. Huhu
Sampai jumpa lagi. Take care.
thank you for reading
Comments