Drama Turki - Sençalkapımı

Hello everyone...
Hari ni saya nak bercerita tentang sebuah drama Turki yang sangat menjadi fenomena di seluruh antero dunia..gituu..
Tajuk drama Turki ni #sençalkapımı.
Ditayangkan pada tahun 2020 bermula Julai di saluran Fox Tv.
Lakonan oleh
 #HandeErçel #KeremBürsin.
Watak mereka ialah SERKAN BOLAT dan EDA YILDIZ.Gabungan nama couple dlm drama mereka ialah EDSER.(EdaSerkan).
Sebelum ni saya memang tak pernah ikut pun drama Turki betul2.Adalah pernah terklik dan tertengok juga tapi tak betul2 follow pun.Pelakon dia pun memang tidak saya kenali sangat.Tapi drama yang satu ni menyebabkan saya terjebak pula.Sebabnya tentulah chemistry yang kuat dan menarik antara hero dan heroinnya.Terus tersangkut.Padahal sebelum jumpa drama ni saya cuba nak ikut drama lain yang ditayangkan pada musim dan stesyen Tv yang sama cuma berlainan hari saja di Turki tu.Kira dua drama ni peminat dia memang selalu berperang la kat social media haha.Kira rival SCK la tp mmg dh takdir drama SCK ni akhirnya menjadi favourite dan mendapat tempat teratas dalam hati saya.Gituu haha..
Tu pun sebab terklik video kat YouTube and the rest is history la kata ayat mat salleh😂
Saya susah sikit nak suka sesuatu drama walaupun plot jalan cerita menarik tetapi kalau hero heroin tidak ada chemistry atau kurang daya penarik dlm lakonan mmg saya tak tengok la walaupun viral kata best.Pada saya chemistry antara hero heroin sngt penting kerana mereka watak utama tapi kadang2 watak pembantu pun boleh menjadi tarikan juga kalau kena caranya.Pernah juga saya follow drama kerana syndrome second lead yang bukan hero heroin utama dalam drama tu tp tak selalu la.hehe
Drama SCK ni ada dua season.
S1 tahun 2020 ada 39 episode dan S2 tahun 2021 ada 12 episode.So semuanya 52 episode.Kenapa cmtu ek.Sebenarnya begini drama Turki untuk romcom selalu ditayang pada musim panas dan bagi musim2 lain  seterusnya kebanyakan drama berat yang memang fully drama bukan light2 mcm romcom akan ditayangkan.Untuk romcom selalunya bermula antara bulan May hingga Oktober gitulah rasanya.So kalau rating romcom ni bagus kemungkinan disambng ke musim panas sterusnya tahun hadapan.Begitulah yang terjadi kepada drama SCK ni.Rating mereka sangat bagus dan drama ini sngat ramai peminat luar dan sokongn dr social media sngt kuat.Tahun lepas ranking social media mmg selalunya paling top la.Fanbase drama ini mmg sangat besar dan mendapat perhatian negara2 lain membelinya utk tayangan kt negara masing2 so stesyen tv pun kira dapat untung banyak la dan terus la buat sambungan walaupun di akhir2 drama ni rating agak sederhana tapi sebab kekuatan dan permintaan tinggi dr luar maka mereka teruskan.Kiranya tak banyak romcom drama yang dapat tuah begini.
Panjang pula lahai haha.Saya memang tak reti nak tulis ringkas2..selalunya memang akan melalut banyak..Maaf hehe🤭
Oh satu lagi,walaupun drama ni dh tamat siarannya kt tv turki sana tapi permintaan utk tayangan luar negara depa sangat tinggi.Dah 92 negara dah beli drama ini.Harap stesyen tv Malaysia pun beli juga la.
Saya masih follow perkembangan drama ni dan pasangan hero heroin sampai sekarang.Susah nak move on apatah lagi sekarang ni pasangan ni yang dipanggil HanKer oleh fans2 dorang betul2 sedang bercinta selepas tamat drama.Ah,seronok sangat sebab couple yang saya suka benar2 jd pasangan kekasih kat luar.Jarang berlaku bila tiapkali saya ship mana2 couple.Harap dorang kekal la sampai bila2.Ya la hidup Artis ni susah sikit bila in relationship sesama dorang banyak dugaan.
Sebab dorang berlakon dengan ramai hero heroin lain juga, ada adegan kiss2 dan intimacy so kadang2 benda ni boleh buat pasangan menjauh kerana sibuk dengan lakonan dan jarang habiskan masa bersama dan banyak habiskan masa di set dengan orang lain.Dunia artis ni fahmam2 sajalah.Bermain dengan perasaan juga walaupun kadang2 katanya Professional.hehe
Tapi yang betul2 professional tu memang kagum la.huhu.
Sebenarnya kalau diikutkan panjang lagi cerita saya ni haha.Tapi takat ni dululah.Nanti saya tambah entry lain special utk berkaitan SCK.
Nak cerita pasal season 1 dan season 2.Season 2 dorang dah ada anak girl dan boy.
Jumpa lagi di entry seterusnya.


Sepadan sangat kan.Macam Hollywood couple pula mereka dalam gambar ni.

Tengoklah cara dorang pandang masing2..ah, cmana la tak gila tengok dorang haha

Saya paling suka gambar ni.
Scene diambik masa dorang menari ketika majlis pertunangan fake dorang.hehe

Yang ni pula masa dorang dah luahkan perasaan dan start couple.Eda datang ke rumah serkan dan masak bersama2.Cute kan dorang😍


Comments

Popular posts from this blog

Biji Sawi

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan