Biji Sawi

Kenalkah anda dengan benda ini.
Bagi yang tidak tahu, mai sini nak bagitahu.Inilah namanya biji sawi.
Biji sawi digunakan dalam banyak masakan tapi yang paling popular dan selalu saya nampak ia digunakan adalah dalam masakan kubis goreng mamak style.Mereka akan masukkan biji sawi dalam kubis goreng tu yang dimakan bersama nasi kandar dan lauk pauknya.

Hari ini saya minta abang pergi ke kedai beli biji sawi sebab dekat rumah hanya ada halba campur sahaja.Tahukah anda apa itu halba campur? Halba campur adalah campuran beberapa jenis bahan masakan termasuklah biji sawi.Halba campur selalunya digunakan untuk masakan kari atau gulai tapi hari ini saya nak masak ikan masak cuka menggunakan ikan ploktan.Orang kedah panggil masak jeruk ikan sebab ia menggunakan cuka sebagai ramuan.Masakan ini orang selalu gunakan biji sawi sahaja.

Antara bahan lain yang digunakan untuk masak ikan masak cuka atau jeruk ikan adalah:

Bawang merah kecil
Bawang putih
Halia
Biji sawi
Cabai besar merah / hijau (optional)
Cabai melaka
Cuka
Air 
Garam gula perasa secukupnya

                        Biji sawi

Kalau ada yang inginkan resepi nanti saya tuliskan disini nanti ok.

Oh ya, kalau siapa yang tak tahu dan nak tahu rupa halba campur nah saya tunjukkan gambarnya sekali disini.

Saya pun tak la pandai sangat tentang bahan masak memasak ini tapi sama2 kita belajar.Mamasak ini tak sama bagi semua orang, lain orang lain caranya.Asalkan sedap dan cukup rasa sudah tapi kalau ada tips dapur atau masakan yang dikongsi orang lain yang kita tidak tahu atau tiada ilmu mengenainya boleh kita ambil dan cuba amalkan.Ye la, tak semua benda kita tahu tentang ilmu masakan tambahan lagi daripada mereka yang otai atau orang lama.Banyak pengalaman boleh di kongsi.Jadi janganlah kita berlagak sombong pula kan.😚

                   halba campur




Comments

bambiauddin said…
This comment has been removed by a blog administrator.
SAFIQAH said…
Saya safiqah, maaf saya comment di sini. Saya ada perasan cik ada dvd luerd kattiya..boleh x saya beli copy dari cik🙏🙏
Pieja Montel said…
hi SAFIQAH, dvd tu dvd yang bukan original dan dh lama sangat dah sy beli. Dh lama tak pasang dan sy rasa dh rosak. Mungkin boleh cari kt online kot ada org lain ada simpanan.Maaf tak dpt bantu. Apapun nanti kalau free saya try kot masih boleh guna cd tu. sy akan try convert dan letak link kt sini.

Popular posts from this blog

The Princess @ lued Kattiya

Resepi Kueh Buah Rotan