Thursday, February 13, 2014

Spaggeti Sayur versi aku

Assalamualaikum...
Hai semua..
Ini Sesi menternak dan menambah lemak yang degil dalam badan....hahaha
Bukan awal pagi,tengahari, petang atau malam.
Tapi ditengah2 malam..supper....hahahaa
Sila pensan bagi yang diet.
Ok.Nampak sedap tak.?
Jangan terpedaya dengan gambar orang kata.
Kadang2 tak sama hasilnya.
Dalam gambar nampak macam sedap jer..macam sedap jer..tapi bila depan mata langsung tak boleh telan.
Tapi yang ini dont worry memang sedap..bagi aku ler..Aku masak tentulah sedap..
Masuk bakul angkat sendiri...
hehehe
Nak resepi ker?Kalu nak sila tinggalkan mesej kat komen ok..
Tak mau pun tak apa..i ok jer.


spageti sayuran marbeles sangat..letak cheese pulak.
mau nangis makan bagi sapa2 yang dok diet..haha
untuk memotong kembali lemak degil yang diternak.
air limau kasturi suam tanpa gula..lagi masam lagi baik.


Jemput la tengok...hehehe

Trip Cameron Highlands

Assalamualaikum...
Hai semua...setelah lama biarkan dok terperam dalam draf, akhirnya post jugak la kat blog.
Sebenarnya kalau ikutkan aku segan nak post entry pasal trip Cameron ini.Sebab pergi pun tahun 2013 lepas.Sekarang dah tahun baru 2014.Cerita dah basi.Tapi bila fikirkan balik tak salah kot nak cerita.lagipun blog ni aku wujudkan sebab nak post cerita2 yang aku rasa boleh di share bersama.Maksudnya benda2 atau hal2 yang tak terlalu peribadi untuk diceritakan.Kalau nak cerita hal2 private aku tulis kat diary je..hihi
lagipun aku tau dan sedar diri blog picisan macam aku ni bukan ada orang nak belek atau baca sangat pun..hehehe


strawberry at Mardi

Ini pertama kali aku pergi Cameron Highland.Dok merancang nak bercuti ke sana dengan kawan2.Jadi aku pergi pada 8-10 November 2013 bersama kawan sekerja aku Cik Dalila atau lebih dikenali dengan panggilan Ila Setazah. :-)
Kami pergi berdua saja menaiki kereta Ila.Dia nak belajar drive sendiri ke Cameron katanya sebab tak pernah lagi bawa kereta sampai ke sana.Kami bertolak pagi dari kuarters tempat kerja aku jam 7.30.Berhenti rehat dekat rnr bukit Semanggol.Makan bekal yang aku bawa.Kimbab ala2 Korea..awal tau bangun masak nasi sedia bahan2 nak buat kimbab ni. kimbab ni ringkas dan senang nak makan.nak tunjuk gambar pun dah aku delete.Ala,peminat2 cerita Korea mesti tau punya la.Memang melayu tak sedar diri kami ni..hahaha
Setelah melalui perjalanan yang panjang lagi berliku2 bagaikan en.ulaq memang memenatkan.Tapi Ila tentu lagi penat sebab dia yang memandu.Tak boleh nak berganti2 memandu almaklum aku tak reti bawa keta.Lesen pun tak ada so terima kasih dan sorry bnyak2 ila na.


tuan tanah dekat Mardi and Ladang Teh


Kami sampai Cameron lebih kurang jam 2 petang.Lepas check in hotel yang lari jauh sangat dari apa yang aku bayangkan kami rehat2 dahulu sebelum turun ke pasar malam untuk cari makan.Kami sewa hotel dekat Pekan Brincang.Lupa pulak nama hotelnya.Silverstar kot..entahlah..Sebenarnya pasal hotel tu aku bayangkan ia berada di kawasan hijau di kelilinggi taman2 macam dalam movie tu rupanya bukan.Ye la, dulu masa masih budak depa dok cerita Cameron ni sejuk tempat dia.Banyak pokok2 hijau.Tapi Hotel aku duduk ni dekat sangat dengan jalanraya.siang malam boleh dengar bunyi bising kenderaan.Memang jauh imaginasi aku.hihihi.nampak sangat tak pernah bercuti jauh..hahhaha

Hari kedua kami keluar dalam jam 10 pagi gitu.Destinasi pertama kami pergi ke Agro Technology Park,Mardi.Selesai melawat hampir kesemua kawasan dalam tu dan snap picture sana sini,kami pun keluar.Agak lama juga dekat Mardi.Kemudian dalam waktu waktu sudah pun mencecah tengahari kami menuju pulak ke Bharat Tea Valley borong teh semua and mencekik kat Cameron Valley Tea House sb perut memang dah lapar sangat2.Aku tak tau la nama mana yg betul tp yang pasti dua2 tmpat tu satu tempat saja.Bezanya cuma satu tempat borong segala jenis hasil teh dan satu lagi tempat mencekik..huhu..rosak bahasa.Habis makan kami turun jap kat kawasan ladang teh tp tak turun bawah pun cuma snap picture berlatarbelakangkan ladang2 teh kat bawah.Tengok dari atas tu pun aku dah gayat.Sudahlah dengan panas matahari dah terpacak kat atas kepala.Pandangan pun nampak kelam dan gelap saja.Azan zohor pun dah kedengaran.Ya la,dah jam satu tengahari lebih kot.



shoping teh
makan time..


antara gambar2 bunga yang diambik sepanjang di CH


Selepas tu kami jalan2 jer ikut suka hati.Cari mana2 tempat yang menarik boleh dikunjunggi.Kemudian Melepak di kedai2 tepi jalan yang ada jual pokok bunga macam sebuah taman tapi aku tak ingat nama.Kebetulan hujan lebat so bersidai la kejap kat situ.Nasib boleh cuci mata dgn melihat keindahan pokok2 bunga.Hilang stress dan sakit kepala aku.Yang banyak beli pun kat pasar malam ja rasanya.Beli keychain untuk dihadiahkan kepada kawan2.Yang itu sajalah aku mampu.Hari terakhir dalam perjalanan kami singgah dekat gerai2 tepi jalan membeli sayur2ran untuk diri ,family dan kawan2 yang memesan.Penuh tangan sampai 2 kali round.Almaklum murah2 semua yang dijual.8 bungkus sayur belainan jenis hanya 10 ringgit.ada juga 13 bungkus 10 ringit saja.Mau tak gila memborong.Aku beli lebih sebab nak bagi kat mak di kampung dan untuk aku juga di kuarters.Borong punya borong sampai kereta kena saman polis sebab letak tepi jalan menghalang lalulintas.tapi sebelum tu ada jer yang letak tak kena plak.nasib2.Sampai sekarang aku tak tau status saman yang ila dapat.Kalau kena bayar aku kena share la dengan dia..kesian dia plak.Tak apa nanti2 aku tanya dia pasal ni..Lama sangat akunpun dah lupa.

Dalam perjalanan balik juga kami singgah sekejap dekat Lavender Garden nama tempatnya.Harga nak masuk macam biasa la aku tak hinggat.hehehe.Lavender Garden nama diberi so dah tentulah banyak bunga2an ja..Lepas buat benda wajib acara snap2 pic kami pun keluar dan meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah.


Lavender Garden

bunga2 kat Lavender Garden

bunga2an di Lavender Garden

Itu sajalah cerita yang dapat akuu kongsi.Tu pun dah panjang lebor karangannya.Mau dapat A+ kalau dalam exam..hehehe..orang aliran satera memang suka buat karangan panjang2...hahahha
Apapun jumpa lagi dalam cerita yang lain...
Sorry tak dapat nak share banyak gambar sebab private sikit.malas nak menunjuk2 muka kita kat sini...hehe

Nota kaki aku : Puas jugak la walau p 2 hari saja.Walaupun mungkin ada banyak lagi tempat yang best yang kami tak tahu dan tak sempat kami kunjunggi.Tak apa, nanti2 boleh pergi lagi..kan Cik Ila..hehehe


Wednesday, January 22, 2014

Jagung Rebus..Sedapnyer


Sedapnya jagung rebus.Jagung muda pula tu.So rebus tak payah lama.Baru dituai so sangat fresh.
6 biji sekali aku rebus dan melantak sorang2.
hehehe, tapi melantak sorang2 pun bukanlah habiskan semuanya sekali.
Simpan untuk malam sikit.
Hiris jagung masuk dalam mangkuk,letak susu sikit,majerin dan lada sulah.
kacau sebati dan makan la sampai kekenyangan.
Marvelos sangat tau...



Kepsi lagi...

Assalamualaikum...
Makan apa hari ini ?
This is my dinner malam Ahad lalu.
Teringin sangat so mintak anak jiran tolong pergi beli kat kfc Arau.
Tapi bila makan tak macam dulu2 dah rasanya.Muak kot sebab selalu sangat makan.
Masalahnya tiap kali keluar pekan Arau nampak signboard kfc mesti nak meronta2 nak masuk punya..
hahahaa...nafsu betoi la kan...




Wednesday, January 1, 2014

welcome 2014 ...Goodbye 2013




SEMOGA TAHUN YANG MENDATANG MEMBAWA LEBIH BANYAK KEBAHAGIAAN UNTUK KITA SEMUA.
SEMOGA KITA SENTIASA DILINDUNGGI DAN DIBAWAH RAHMAT ALLAH TAALA SELALU.
LAKUKAN PERUBAHAN SEIRING DENGAN USIA YANG SEMAKIN BERTAMBAH.PERUBAHAN YANG MEMBAWA KEBAIKAN UNTUK SEMUA DUNIA DAN AKHIRAT,INSYAALLAH.

SELAMAT JALAN 2013..SELAMAT DATANG 2014.


Thursday, November 7, 2013

Clinic again!!!

Pagi tadi sebab kepala pening sangat so pergi check dekat MA kat asrama.Mula aku ingat sebab angin tapi bila cek darah naik rupanya.Dah setahun aku tak pergi klinik sebab rasa darah dah ok.Sebab tinggi juga la bacaan darah aku hari ini so MA cadang pergi klinik.Adoi,dah lama mana tak p klinik dekat setahun ada la.Aku takut nak makan ubat sebenarnya dan malas juga nak ambik ubat hari2.Kalau boleh aku tak mau bergantung dengan ubat2tan.Tapi memikirkan banyak benda di masa depan..takut juga la.
2 minggu lagi kena pergi semula ambik darah untuk buat pemeriksaan.Nak cek paras kolesterol dll.Lepas tu keputusan kena p te gok bulan 4.12.13.sebelum tu kena check juga darah 2 minggu sekali nurse nak tengok.Dok fikir banyak ni..samada aku nak ambik ubat aja atau nak cuba usaha ubat cara lain dulu.Entahlah,..tengoklah nanti camna,So hari ni got mc 1 hari..tapi mc kira half day sebab balik dri klinik pun dh dekat jam 1..
Esok pergi cameron gan kawan,,semoga semua baik2 sahaja dan kami dalam lindungan Allah S.W.T. in sha Allah.selamat p dan balik..
Please get well...takut o darah tinggi ni...

Dietkah???

Malam kelmarin masak spageti sebab teringin nak makan.Dah lama juga tak masak spageti ni.tapi makan tak banyak pun.Tak sedap..hahaha
Sekarang ni bila masak rasa semua tak sedap.Selalu rasa nak buang balik.perut tak selesa..Dok pening aja,..huhu
Spageti ni makan dengan salad.Letak 2 jenis salad,tomato kecik,timun jepun dan buah epal..oklah dari tak ader...konon untuk diet la..ehmm diet la sangat kan..,tapi salad sedap..bagi tuan punya diri la...