Posts

Biji Sawi

Image
Kenalkah anda dengan benda ini. Bagi yang tidak tahu, mai sini nak bagitahu.Inilah namanya biji sawi. Biji sawi digunakan dalam banyak masakan tapi yang paling popular dan selalu saya nampak ia digunakan adalah dalam  masakan kubis goreng mamak style.Mereka akan masukkan biji sawi dalam kubis goreng tu yang dimakan bersama nasi kandar dan lauk pauknya. Hari ini saya minta abang pergi ke kedai beli biji sawi sebab dekat rumah hanya ada halba campur sahaja.Tahukah anda apa itu halba campur? Halba campur adalah campuran beberapa jenis bahan masakan termasuklah biji sawi.Halba campur selalunya digunakan untuk masakan kari atau gulai tapi hari ini saya nak masak ikan masak cuka menggunakan ikan ploktan.Orang kedah panggil masak jeruk ikan sebab ia menggunakan cuka sebagai ramuan.Masakan ini orang selalu gunakan biji sawi sahaja. Antara bahan lain yang digunakan untuk masak ikan masak cuka atau jeruk ikan adalah: Bawang merah kecil Bawang putih Halia Biji sawi Cabai besar merah /

Hello 2022!

Selamat Tahun Baru 2022. Dah masuk beberapa minggu dah untuk tahun 2022 ni. Harapnya semua baik2 saja untuk semua. Kesihatan tidak beberapa memuaskan dek kerana cuaca dan sebagainya ditambah dengan kes Covid yang masih ada dlm persekitaran.Harap semuanya terus menjaga diri. Jangan lupa Al-Kahfi. Dunia makin tua. 

My SIMPLE BIRTHDAY DAY

Image
Today is my birthday. 22 Disember 2021. Happy birthday to me  🎂🥳🎉🎈💕 Family wish, Kawan wish, Enough. Hadiah? Tak de.Nak beli sendiri😂 Kawan satu opis belanja aiskrim cawan dan cake pandan cheese. Alhamdulillah. Dap juga..tq Mekla. Ok, tu je.  Haha.

Drama Turki - Sençalkapımı

Image
Hello everyone... Hari ni saya nak bercerita tentang sebuah drama Turki yang sangat menjadi fenomena di seluruh antero dunia..gituu.. Tajuk drama Turki ni #sençalkapımı. Ditayangkan pada tahun 2020 bermula Julai di saluran Fox Tv. Lakonan oleh  #HandeErçel #KeremBürsin. Watak mereka ialah SERKAN BOLAT dan EDA YILDIZ.Gabungan nama couple dlm drama mereka ialah EDSER.(EdaSerkan). Sebelum ni saya memang tak pernah ikut pun drama Turki betul2.Adalah pernah terklik dan tertengok juga tapi tak betul2 follow pun.Pelakon dia pun memang tidak saya kenali sangat.Tapi drama yang satu ni menyebabkan saya terjebak pula.Sebabnya tentulah chemistry yang kuat dan menarik antara hero dan heroinnya.Terus tersangkut.Padahal sebelum jumpa drama ni saya cuba nak ikut drama lain yang ditayangkan pada musim dan stesyen Tv yang sama cuma berlainan hari saja di Turki tu.Kira dua drama ni peminat dia memang selalu berperang la kat social media haha.Kira rival SCK la tp mmg dh takdir drama SCK ni akhirnya menjad

Hi!

Hi! Apa khabar semua? Rindu nak update blog dan aktif macm dulu tapi apa kan daya.. Ada lagi ke yang rajin baca blog sekarang? Hari ni satu Disember sudah.Bulan terakhir untuk tahun 2021 yang penuh bermacam2 dugaan, ujian dan cabaran dengan Covid19 yang masih bermaharajalela di sekeliling kita di seluruh dunia. DIsember adalah bulan kelahiran saya, Kakak dan arwah Abang. Tahun ni ingat nak buat suprise kt kakak tapi tak tau la jadi ke tidak. Harap menjadi.. Tak pernah lagi nak suprise kan dia atau sesiapa di hari lahir dengan menghantar jambangan bunga coklat atau buah yang orang sekarang dok buat tu. Hari lahir sendiri tidak bersambut. Lalui cam biasa. Kalau ada yang wish kat FB tu say tq saja la. Kalau dak memang senyap sunyi sepi je berlalu.Tak ade maknanya nak suprisekan diri sendiri atau beli  hadiah untuk diri sendiri sebab memang dh selalu membeli pun hahaha.. Jumpa lagi la bila mood rajin nak menaip datang.Bukan selalu mood ni nak kunjung tiba.Kononnya banyak cerita nak type ma

Salam Nuzul Quran

Image
Salam dan selamat pagi ... Dah 17 hari kita berpuasa ya.Sekejap sangat rasanya masa berlalu.Terasa kerugian sangat sebab banyak mensia-siakan masa yang ada.huhu.. Harapan Semoga amalan kita semua di terima Allah Taala.Amin thank you for reading

Ramadan 2021

Image
Assalamualaikum semua.  Terlalu lama tidak menjengah pintu rumah ni. Jangan kan kata bersawang, kayu rumah pun sikit dah dimakan anai2. hehe Gitu perumpamaan. Haha Maaf kerana mengabaikan rumah ini.  Terlalu asyik dengan rumah baru yang lebih moden dan terkini. Lebih banyak melepak di twitter dan instagram. Blog semakin kesepian. Begitulah kitaran kehidupan. Yang lama di tinggalkan, yang baru diteroka sehingga tiba masanya disisihkan sama seperti blog yang bersawang.Yang ada kerajinan mungkin masih mengekalkan penulisan. Aku suka menulis karangan panjang tapi masa ku dihabiskan ke lain kegiatan.  Lupakan la. Aku rasa bersemangat secara tiba-tiba untuk menulis kembali disini. Akan ku cuba membahagikan masa yang terbuang utk mencoretkan sebarang aktiviti atau rasa dan keingginan terpendam disini. Mungkin yang biasa saja perkongsian kerana untuk berkongsi secara teliti tentang rahsia diri sukar untuk dilakukan.Itu seolah menempah masalah sendiri. Haha Hari ni 1 Ramadan 2021.Sudah 2 tahun